Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak kadangkala melangkaui pemikiran dan tidak dapat diungkap kata-kata, apabila mereka melakukan perkara yang orang lain mungkin tidak akan dapat memahami.

Kredit: AFP News Agency/Facebook

Bagi seorang bapa di India bernama Dadarao Bilhore, beliau menemui kedamaian di dalam diri apabila berjaya menyiapkan kerja mengambus dan membaiki jalan berlubang menjadi rata setiap hari, sebagai tanda memperingati dan memberi penghormatan kepada anak lelakinya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh jalan berlubang.

Kredit : The LA Times

Anak lelaki Dadarao, Prakash Bilhore telah meninggal dunia sejak tiga tahun yang lalu ketika umurnya baru mencecah 16 tahun. Hati ibu bapa mana yang tidak terkilan dan sedih apabila anak lelaki yang masih remaja telah pergi terlebih dahulu.

Dengan mengambus dan membaiki jalan berlubang, Dadarao berasa dirinya dapat menghilangkan rasa kehilangan anak lelaki tersayang dan membantu menyembuhkan kesedihan hatinya. Dadarao berharap ibu bapa lain tidak akan merasai kehilangan anak tersayang akibat kemalangan jalan raya sepertinya. Kemalangan seperti ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya lubang-lubang di jalan raya diperbaiki.

Kredit : Yahoo News India

Selepas kematian Prakash, Dadarao telah mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu terhadap jalan raya di Mumbai, yang keadaannya agak teruk, berbahaya dan mengancam keselamatan serta nyawa pengguna.

Kini hampir 600 jalan berlubang telah dikambus dan dibaiki meliputi jalan sekitar Bollywood dan Mumbai. Apa yang lebih menarik dan memberi inspirasi ialah Dadarao menggunakan pasir dan batu yang didapati dan dikumpul dari tapak pembinaan untuk menjadikan jalan raya dan  kawasan sekitar bandar menjadi satu tempat yang lebih baik.

Kredit : Cocktail Zindagi

Dengan menggunakan masa terluang yang ada setiap hari, peniaga sayur ini telah membaiki 585 jalan berlubang. Kebanyakannya telah dilakukan secara persendirian, dan ada masanya Dadarao juga dibantu oleh para sukarelawan. Orang ramai yang kagum dengan kegigihan Dadarao telah menggelarnya ‘Pothole Dada’.

Dadarao Bilhore merasakan pengiktirafan dan sokongan yang diberikan oleh orang awam telah memberinya kekuatan untuk mengatasi kesedihan kerana kehilangan anak lelakinya. Kadangkala Dadarao dapat merasakan kehadiran mendiang Prakash bersamanya.

Kredit : Scoop Whoop

Kata Dadarao, “Pengiktirafan yang diberikan kepada kerja kami telah memberi saya kekuatan untuk mengatasi rasa sedih dan kesakitan di hati, dan kini di mana sahaja saya pergi, Prakash dirasakan seperti sedang berdiri di sebelah saya.”

Kajian dan statistik oleh kerajaan di India menunjukkan jalan berlubang telah bertanggungjawab menyebabkan kematian seramai 3,597 orang di seluruh India pada tahun lalu.

Sumber : World of BuzzAFP News Agency/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds