Kecantikan bersifat subjektif. Tiada siapa boleh mentafsirkan erti kecantikan yang sebenar. Malah, kecantikan itu bukan sahaja dinilai dari aspek luaran tetapi juga dalaman serta peribadi seseorang.

Pada zaman ini, kebanyakan wanita sudah bijak dalam berfesyen serta mengenakan solekan sama ada tebal mahupun solekan ringan. Bukan sahaja itu, segelintir wanita zaman kini juga gemar menyuntik Botox, melakukan pembedahan plastik dan bermacam-macam lagi prosedur kecantikan.

Tetapi, bagaimana seseorang wanita pada zaman dahulu dinilai kecantikannya?

Kami akan menunjukkan kepada anda 10 wanita yang memiliki kecantikan semula jadi. Lebih menakjubkan lagi, kesemua wanita ini hidup di zaman lama yang tiada sebarang kemudahan mahupun peralatan solekan seperti sekarang. Segalanya adalah terletak pada kecantikan mereka sendiri.

#1 Cleo de Merode

Kredit: akg-images/EAST NEWS

Cleo de Merode adalah seorang penari dari Perancis yang pernah memenangi anugerah ‘Ratu Cantik’ dalam pertandingan Top Beautiful Women yang dianjurkan oleh majalah Illustration pada tahun 1896.

#2 Maude Adams

Kredit: Portland Center Stage

Beliau merupakan seorang pelakon Amerika yang mula dikenali setelah memegang watak Peter Pen dalam satu penerbitan Broadway.

#3 Maude Fealy

Kredit: Everett Collection / East News

Pelakon Amerika yang sangat terkenal dalam filem tanpa suara.

#4 Grand Duchess Olga

Kredit: akg-images/EAST NEWS

Puteri sulung kepada Raja Rusia yang terakhir iaitu Raja Nicholas II. Namun, seluruh keluarga ini telah disembelih oleh pengikut parti Bolshevik di Yekaterinburg, Rusia.

#5 Wanita Luzon (salah satu masyarakat pulau di Filipina)

Kredit:  Francisco Van Camp / Wikimedia Commons

Gambar ini menjadi bukti bahawa anda tidak memerlukan kamera canggih mahupun teknologi Photoshop untuk menampakkan kecantikan seseorang wanita.

#6 Anna Pavlova

Kredit: Fine Art Images / East News

Gambar penari ballerina warga Rusia ini diambil pada tahun 1911.

#7 Mary Pickford

Kredit: Everett Collection / East News

Sering digelar ‘gadis berambut kerinting’, nama sebenar pelakon filem kelahiran Kanada adalah Gladys Louise Smith.

#8 Anna May Wong

Kredit: Everett Collection / East News

Anna May Wong merupakan bintang filem keturunan Amerika-China yang pertama!

#9 Doris Stocker

Kredit: maudelynn / tumblr

Beliau merupakan pelakon kelahiran India dan juga artis muzik pada zaman 1900-an.

#10 Agnes Ayres

Kredit: Flickr

Seorang bintang filem terkenal semasa era kegemilangan filem tanpa suara.

Sumber: BrightSide

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds