Siapa sahaja yang tidak tahu lagu cinta klasik terkenal yang disampaikan oleh penyanyi lagenda, Whitney Houston, ‘I Will Always Love You’. Lagu yang merdu dan penuh dengan emosi ini telah meragut hati berjuta-juta orang sejak kemunculannya pada tahun 1992 lagi.

Kredit: mat sui/YouTube

Pun begitu, kita semua maklum bahawa lagu ini agak sukar untuk disampaikan kerana not yang terlalu tinggi dan begitu sukar untuk dinyanyikan. Tetapi, satu keajaiban telah berlaku apabila ramai pengguna internet menularkan video seorang gadis buta yang menyanyikan lagu klasik ini dengan begitu merdu sekali. Dia malah kelihatan sangat selesa menyanyikan not-not yang tinggi sambil duduk di atas kerusi!

Tiada apa lagi yang boleh dikatakan apabila menonton dan mendengar sendiri setiap bait lagu yang disampaikan oleh gadis ini kerana sesungguhnya dia menyampaikan lagu ini dengan begitu berjaya dan langsung tiada cela. Dia sememangnya dilahirkan dengan bakat yang sangat berharga.

Kredit: mat sui/YouTube

Gadis luar biasa yang bernama Elsie ini berasal dari Filipina dan bakatnya kini menjadi tumpuan global berkat video yang tular dek suara nyanyiannya yang luar biasa.

Walau bagaimanapun, Elsie mempunyai kekurangan diri kerana dia seorang yang buta dan dia tidak pernah ke sekolah, apatah lagi bertutur dalam bahasa Inggeris. Tetapi itu tidak menghalangnya untuk menyanyikan lagu kegemarannya dengan berjaya. Khususnya, lagu klasik Whitney dari The Bodyguard.

Elsie menyampaikan lagu kegemarannya itu dengan ciri acapella dilengkapi dengan kemahiran, semangat dan bakat semulajadinya. Secara jujur, dia kelihatan menyerlah dan sangat memukau. Dia berjaya menyampaikan lagu ini dari awal hingga akhir dengan begitu merdu sekali.

Kredit: mat sui/YouTube

Elsie tinggal di sebuah perkampungan nelayan kecil di Filipina. Dia belajar muzik dengan cara mendengar lagu secara berulang-ulang, sekaligus menjelaskan mengapa dia tahu dan fasih semua perkataan dalam lagu ini walaupun hakikatnya dia tidak memahami bahasa Inggeris.

Kami fikir ini adalah satu penghormatan yang luar biasa kepada mendiang penyanyi kesayangan ramai, Whitney Houston. Mari dengarkan persembahan hebat dari Elsie dan jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan anda. Kami pasti mereka juga akan teruja mendengarnya!

Kredit: mat sui/YouTube

Sumber: Happiestmat sui/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds