Kita semua mempunyai bakat yang tersendiri, bezanya adalah cara kita untuk memaksimumkan kemampuan tersebut dengan dedikasi dan komitmen yang cukup, seperti yang ditunjukkan oleh seorang pemuzik kecil yang mengukur kemahiran teknikalnya dengan bermain dram yang dibuat sendiri.

videoPlayerId=da4b96373

Ad will display in 09 seconds

Alat yang digunakan untuk menjadikan satu set dram ini adalah balang, kotak, baldi, botol, kayu dram dan penutup periuk.

Yang menariknya, set dram ini lengkap dengan pedal kaki untuk memastikan bunyi yang dihasilkan benar-benar hebat seperti set dram yang dibeli di kedai alat muzik.

Pemain dram yang berbakat dan muda ini memainkan muzik dram bagi lagu terkenal “Sweet Child O’ Mine” yang disampaikan oleh kumpulan muzik Amerika, ‘Guns N’ Roses’.

Adegan ini menunjukkan kepada kita bahawa seseorang yang mempunyai semangat dan keghairahan yang sangat besar untuk bermain muzik telah memotivasikan dirinya untuk membuat instrumennya sendiri.

Si kecil ini dengan tangkasnya menunjukkan bakatya bermain dram, dengan ‘bersenjatakan’ batang dram, dia dengan spontannya mengetuk setiap baldi yang bertindak sebagai dram.

Ah, persembahan ini seperti satu persembahan profesional yang dimainkan di kawasan kampung!

Mari saksikan sendiri kehebatan si kecil ini menunjukkan bakatnya. Kami pasti anda tidak akan menyesal kerana kami pun benar-benar teruja menyaksikannya sehingga ke saat akhir!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds