Selama 3 tahun, Group for Research and Education on Marine Mammals (GREMM) telah menjejaki dan menyelidik hubungan aneh di lautan. Mereka percaya bahawa sekumpulan ikan paus Beluga muda telah mengambil paus narwhal menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka.

Paus Narwal tersebut telah sesat setelah berkeliaran di Sungai St. Lawrence di Kanada. Presiden GREMM dan Pengarah Saintifik Robert Michaud berkata “Dia berkelakuan seperti sebahagian daripada kumpulan paus beluga tersebut. Mereka sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.”

Narwhal juga dikenali sebagai “unicorns of the sea” kerana memiliki gading mereka yang boleh membesar hingga lapan kaki panjang. Makhluk laut itu biasanya tinggal beratus-ratus batu jauhnya di arktik tetapi menyimpang dan menemui sekumpulan paus beluga di sungai Kanada.

Kredit: Pinterest

Dengan menggunakan drone, GREMM telah memantau kumpulan tersebut dan mereka telah mendapati kumpulan paus tersebut mengembara dan bermain bersama. Kedua-dua spesies mempunyai persamaan genetik yang rapat tetapi Michaud mengatakan terdapat perbezaan yang besar dalam spesies seperti keutamaan habitat dan kebiasaan pemakanan.

Kredit: World Wildlife Fund

Narwhal tersebut mendapati kumpulan beluga tersebut mengalu-alukannya kedatangannya. Setelah memantau gerak geri makhluk laut tersebut, pasukan itu mengetahui bahawa paus narwhal tersebut mula menunjukkan tanda-tanda penyesuaian tingkah laku. Narwhal tersebut menghembus gelembung di permukaan air seperti keluarga beluga yang baru.

Kredit: World Wildlife Fund

Kedua-dua spesies ikan paus tersebut adalah makhluk yang sangat sosial tetapi kadang-kadang menjadi masalah. Ia telah diketahui  narwhal mengalami kecederaan apabila cuba ‘berkawan’ dengan manusia dan bot.

Ia sangat baik untuk melihat makhluk ini diambil dan dijaga. Paus beluga melayan narwhal seolah-olah dia adalah salah satu daripada kumpulan mereka sendiri. Penyelidik Harvard Martin Nweeia menyatakan:

“Saya fikir dia menunjukkan … belas kasihan dan keterbukaan spesies lain untuk mengalu-alukan ahli lain yang mungkin tidak kelihatan atau bertindak sama. Dan mungkin itu pelajaran yang baik untuk semua orang.”

Kredit: Baleines En Direct/Youtube

Sumber: HappiestBaleines En Direct/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds