Selepas setahun tinggal berjauhan, lelaki dalam video ini memutuskan untuk membuat kejutan buat abangnya pada hari perkahwinannya.

videoPlayerId=5b986d1fa

Ad will display in 09 seconds

Rupa-rupanya tiada seorang pun tetamu yang hadir majlis tersebut mengetahui apakah rancangan yang tersembunyi sebenarnya.

Namun kejutan sebenar dapat dilihat apabila tetamu mengalihkan pandangan mereka ke arah seorang lelaki yang melangkah masuk ke pintu gereja.

Ketika pasangan pengantin mahu memeterai perjanjian ikatan perkahwinan, beberapa tetamu yang melihat seorang tetamu lelaki yang melangkah masuk ke dalam gereja menyedari bahawa tetamu itulah yang ditunggu-tunggu.

 

Suasana menjadi hiba menyebabkan pengantin tertanya-tanya lalu mereka memusing ke belakang dan mula memahami apa yang sedang berlaku. Pengantin lelaki menyedari bahawa tetamu istimewa tersebut ialah abang kandung yang sudah lama tidak ditemui.

 

Tanpa membuang masa, pengantin lelaki dilihat meminta izin dari pengantin perempuannya untuk bertemu dengan abangnya.

Mereka berpelukkan, melepaskan rindu yang sudah lama bersarang di dalam hati masing-masing.

 

Pengantin lelaki berasa begitu terharu dan bertuah kerana dapat meraikan dua peristiwa paling bersejarah dalam hidupnya secara serentak iaitu hari perkahwinannya dan hari kepulangan abangnya.

Lengkaplah sudah sesebuah majlis perkahwinan apabila ia dihadiri dan diraikan oleh kaum keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Inilah detik manis yang dilimpahi kasih sayang dan penuh kejutan!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds