SELANGOR – Pihak polis mengesahkan seramai 15 individu maut manakala 33 lagi masih mendapatkan rawatan di hospital setelah mengalami keracunan akibat mengambil alkohol tiruan pada 18 September.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor melaporkan kes kematian yang berlaku membabitkan penduduk yang tinggal di Sungai Buloh, Gombak, Kajang, Klang Selatan dan juga Shah Alam.

Kredit: Sinar Online

“Di Sungai Buloh membabitkan 22 orang di mana tujuh daripadanya meninggal dunia manakala 15 lagi masih menerima rawatan. Di Gombak pula, empat orang disahkan maut dan seorang masih diberikan rawatan”.

Tambah Mazlan lagi, “Kajang membabitkan 19 orang dengan empat orang meninggal dunia dan 15 lagi masih menerima rawatan. Klang Selatan dan Shah Alam masing-masing merekodkan seorang mangsa yang masih menerima rawatan”.

Kredit: Utusan Online

Antara simptom yang dialami oleh mangsa adalah muntah, sakit perut dan pengsan sebelum meninggal dunia dalam tempoh lapan hingga 12 jam selepas meminum arak jenama Kingfisher Beer, Mandalay Whisky dan Grand Royal Whisky buatan negara India serta Myanmar.

Namun, pihak berwajib masih belum mengesahkan sama ada arak yang diminum mangsa adalah tiruan, telah tamat tempoh atau telah dicampur dengan bendasing lalu berubah menjadi racun.

Lokasi di Kampung Baru, Sungai Buloh di mana beberapa mangsa ditemui meninggal dunia

Kredit: Harian Metro

Salah seorang mangsa yang merupakan warga Myanmar dikenali sebagai Min Laung Ain, 38 tahun kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kajang. Majikannya iaitu A. Selva yang ditemui pemberita selepas melawat pekerjanya itu turut membawa sampel arak berkenaan bagi pemeriksaan lanjut.

“Saya pelik bagaimana keadaan boleh sebegitu teruk sedangkan saya difahamkan mangsa dan tiga rakannya hanya meminum separuh daripada arak bersaiz satu liter itu.”

“Ketika dalam perjalanan, mangsa masih boleh bercakap, tiba-tiba senyap dengan mulut berbuih membuatkan saya takut dan memecut laju ke hospital,” kata S. Rajalingam, penyelia Min Laung.

Kredit: New Straits Times

Sementara itu menurut laporan New Straits Times, pihak polis telah menyerbu dua buah premis di Kampung Baru, Sungai Buloh yang dijalankan oleh warga Nepal serta Myanmar. Serbuan dan rampasan 20 kotak mengandungi pelbagai jenama arak tersebut dilakukan bagi membolehkan siasatan dan ujian terhadap minuman arak tersebut dijalankan.

Sumber: Utusan OnlineBernamaHarian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds