Piza merupakan makanan kegemaran ramai kerana keenakan rasanya yang begitu menyelerakan dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Dihidangkan dengan sos yang enak, taburan keju cair yang banyak serta kerangupan keraknya pasti akan membuatkan sesiapa sahaja mahu memesan piza sekarang juga!


Kredit: Bigbillionnetwork/Facebook

Seorang juruterbang bagi penerbangan American Airlines sangat percaya bahawa piza mampu menaikkan mood individu. Jadi, pada suatu hari, juruterbang bernama Jeff Raines ini telah memesan sebanyak 40 kotak piza untuk menceriakan hati para penumpang yang terkandas di lapangan terbang.

Kredit: Josh Raines/Twitter

Pada 6 September lalu, Jeff sepatutnya membuat perjalanan dari Los Angeles ke Dallas/Fort Worth. Namun disebabkan oleh keadaan cuaca pada ketika itu yang buruk, penerbangan tersebut terpaksa ditunda dan berhenti di Lapangan Terbang Wichita Falls, Texas sementara menanti cuaca menjadi reda.

Sebaik sahaja mendarat, Jeff dan kesemua anak kapal berhadapan dengan satu lagi masalah. Seramai 159 penumpang melontarkan rasa marah mereka kerana terkandas di lapangan terbang yang beribu-ribu batu jauh daripada destinasi sebenar.

Kredit: Josh Raines/Twitter

Walaupun kakitangan lapangan terbang tersebut telah bekerja keras untuk menempah bilik hotel dan sebagainya untuk kesemua penumpang yang terkandas, mereka tetap berasa berang.

Justeru, Jeff dan kru kapal yang lain telah memikirkan mengenai satu jalan penyelesaian yang unik bagi menggembirakan hati penumpang tersebut, iaitu dengan memesan piza.

Kredit: Josh Raines/Twitter

Jeff sendiri telah menghubungi sebuah restoran piza berdekatan dan memesan sebanyak 40 kotak piza untuk dihantar ke lapangan terbang tersebut. Apabila pesanan telah sampai, Jeff telah menghantar sendiri kesemua piza berkenaan kepada para penumpang yang marah tadi.

Segala peristiwa yang menarik ini telah dirakamkan oleh adik Jeff sendiri iaitu Josh Raines yang juga merupakan kakitangan bagi American Airlines. Josh kemudiannya memuat naik video itu ke Twitter dengan kapsyen:

“Saya rasa saya tidak pernah melihat situasi ini terjadi. Dalam video, anda boleh dengar dengan jelas bagaimana para penumpang berterima kasih kepada Jeff,” ujar Josh.

Video tersebut menjadi tular dengan segera dan membuatkan majoriti netizen memuji tindakan pantas Jeff untuk menangani situasi tersebut daripada menjadi lebih buruk.

Kredit: Josh Raines/Twitter

“Terima kasih untuk semua pujian tetapi ini adalah usaha ‘BERKUMPULAN’. Pegawai Kanan saya bertanggungjawab mengaturkan bilik hotel. Pembantu Penerbangan pula menyediakan air, jus dan juga soda kepada semua penumpang”.

Tambah Jeff lagi, “Kakitangan Envoy SPS pula menguruskan bas dan menempah semula tiket penerbangan serta menjawab segala soalan panas daripada penumpang. Terima kasih kepada semua kerana bantuan anda. Tiada ‘SAYA’ dalam kerjasama sesebuah “PASUKAN.”

Nampaknya Jeff telah membuktikan bahawa segala masalah boleh ditangani dengan adanya makanan!

Sumber: Inspire More, Josh Raines/TwitterBigbillionnetwork/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds