Sungguh menyedihkan bahawa kes-kes seperti ini semakin kerap berlaku kebelakangan ini! Menurut South China Morning Post (SCMP), sekumpulan pelancong China yang melancong ke Jepun baru-baru ini dikecam oleh pengguna media sosial kerana meninggalkan rumah Airbnb yang disewa mereka dalam keadaan yang sangat kotor.

Ketiga-tiga pelancong, yang berusia 19 tahun, melancong ke Osaka selama lima hari dan tinggal di sebuah rumah, tetapi meninggalkannya dalam keadaan yang sangat kotor. Pemilik rumah tersebut, Cheng, terkejut selepas melihat keadaan rumahnya ketika dia masuk untuk membersihkannya. Menurutnya, makanan yang busuk dan sampah telah dibuang merata tempat.

Kredit: South China Morning Post (SCMP)

Selain itu, mereka juga menulis mesej yang biadap di buku pelawat dan bahkan melukis gambar najis di buku tersebut. Cheng berkata, 

“Saya tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku. Saya tidak pernah mengalami keadaan sebegini sebelum ini. Ia menelan kos sekitar 3,000 yen (kira-kira RM110) di Jepun untuk membersihkan bilik yang kotor seperti ini.”

“Saya memfailkan aduan di platform tempahan dan meminta untuk mereka membayar dua kali ganda kos pembersihan itu.”

Walau bagaimanapun, para pelancong tidak sanggup membayar kos tambahan untuk membersihkan rumah tersebut. Salah seorang daripada mereka memberi komen,

“Kami membayar untuk tinggal di sini, bukan untuk membersihkannya. Ini bukan rumah kami jadi kami tidak perlu membersihkannya untuk anda.” 

Berang dengan tindak balas mereka, Cheng menggunakan media sosial untuk meluahkan kekecewaannya terhadap para pelancong yang biadap itu, dan mereka menerima kecaman dari netizen China yang berang dan malu dengan tingkah laku mereka.

Kredit South China Morning Post (SCMP)

Berikutan tindak balas tersebut, para netizen menemui lebih banyak maklumat tentang tiga orang pelancong tersebut dan telah mengkritik tindakan mereka. Kini, ketiga-tiga mereka telah muncul untuk memohon maaf kepada pemilik rumah tersebut dan sedang membincangkan isu tersebut.

Sementara itu, Airbnb menyatakan bahawa mereka juga menyiasat perkara itu dan dana jaminan diwujudkan untuk tuan rumah bagi menyokong pemilik kediaman yang mengalami kerugian akibat tindakan tetamu mereka.

Sumber: World of BuzzSouth China Morning Post (SCMP)

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds