Kehidupan di Korea Utara telah berubah sejak beberapa tahun ini, dengan peningkatan jumlah syarikat swasta dan penggunaan telefon bimbit, serta beberapa kelonggaran dan faedah menggunakan peralatan moden yang sudah menjadi perkara biasa digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia selama beberapa dekad.

Namun begitu, adakah kehidupan di luar Pyongyang juga telah banyak berubah? Jika dilihat kepada pemandangan terkini di Pyongyang, terdapat kemungkinan kehidupan di luar bandar itu masih jauh ketinggalan seperti 20 tahun yang lalu.

Di bawah adalah foto terbaru di Korea Utara yang diambil sejak dua tahun yang lalu, membuktikan perubahan besar itu masih memerlukan masa yang panjang.

1. Sebuah rumah di tengah ibu negara Pyongyang dengan dekorasi ukiran arca tradisional untuk Korea Utara yang moden.

Kredit :  jacob jung / flickr

2. Seorang pegawai tentera sedang memerhatikan orang awam yang menanti perarakan tentera pada hari ‘Day of the Sun’. Hari ini disambut pada 15 April sebagai memperingati hari kelahiran Kim Il-Sung.

Kredit : Teun Janssen / flickr

3. Pyongyang pada April 2017. Menara Ideologi Juche terletak di tengah ibu negara dan merupakan objek paling menyerlah dan terang di Korea Utara.

Kredit :  The French Travel Photographer / flickr

4. Kehidupan berkeluarga. Hari bekerja di Korea Utara adalah selama 6 hari dan hari Ahad merupakan hari cuti. Mengikut peraturan, kanak-kanak tinggal di tadika dan sekolah. Mereka akan bertemu ibu bapa pada hari cuti sahaja.

Kredit : Teun Janssen / flickr

5. Wilayah Hamgyong Utara pada September 2017. Pengangkutan awam dan persendirian amat jarang sekali dilihat di luar Pyongyang.

Kredit :  AFP/EAST NEWS

6. Pemuda ini adalah juara maraton yang dipertandingkan di Pyongyang pada 9 April, 2017. Katanya, dia mahu menarik perhatian pemimpin negara, Presiden Kim Jong-un atas pencapaiannya di dalam bidang sukan.

Kredit :  AP/EAST NEWS

7. Pintu masuk zoo di Pyongyang. Apa yang menarik, baka anjing peliharaan juga berada di dalam zoo. Sebagai contoh, pada tahun 2014, baka anjing ‘Yorkshire Terriers’ telah dibawa ke dalam zoo di sini.

Kredit : Damir Sagolj / reuters

8. Perarakan tentera pada 15 April, 2017. Walaupun belanjawan terbesar negara diperuntukkan bagi keperluan ketenteraan, kekurangan dana dirasakan apabila dilihat pada hari perbarisan tentera. Kasut diberikan kepada tentera wanita, akan tetapi, bagi mengelak kasut dari tertanggal semasa perbarisan, ia telah diikat dengan tali kasut.

Kredit :  Damir Sagolj / reuters

9. Para wanita di Korea Utara sedang memberi ucap selamat kepada Presiden Kim Jong-un di hari perarakan tentera pada 15 April, 2017. Dapat melihat ‘Komrad yang Bijaksana’ walaupun pada jarak jauh merupakan satu impian bagi kebanyakan warga Korea Utara.

Kredit :  Damir Sagolj / reuters

10. Kanak-kanak sedang menyapa seorang jurugambar.

Kredit :  Damir Sagolj / reuters

11. Para pekerja sedang berehat. Foto diambil dari dalam bas ketika berada di pedalaman pada bulan April 2017. Fotografi seperti ini sebenarnya tidak dibenarkan dirakam, menurut pegawai pemandu pelancong.

Kredit :  The French Travel Photographer / flickr

12. Upacara bunga api sempena memperingati ‘Day of the Sun’ pada 15 April, 2018.

Kredit : fil_dan / flickr

13. Pemandangan malam di Pyongyang pada bulan Mac, 2018. Kenderaan persendirian dilihat semakin meningkat di jalan raya Pyongyang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kredit :  Mauricio Moreno / flickr

14. Para pelajar sekolah sedang berehat di Pyongyang, pada bulan Mei 2018.

Kredit : limonchiki/flickr

15. Tarian awam besar-besaran sempena ‘Day of the Sun’ pada 15 April, 2018.

Kredit : Simon Holmes/flickr

16. Para pekerja buruh kasar sedang menutup lubang jalan yang rosak sebagai persediaan lawatan Presiden Kim Jong-un di zon bebas tentera.

Kredit : Simon Holmes/flickr

17. 3 Mac 2018, terdapat lampu trafik di jalan raya Pyongyang, tetapi seorang pengawal trafik wanita masih mengawal keadaan lalu lintas.

Kredit :  Mauricio Moreno / flickr

18. Taman tema air ‘Rungna People’s Pleasure Park’ pada bulan Jun 2018.

Kredit : tengai woba/ flickr

19. Warga kerja Pyongyang sedang membaca akhbar di stesen kereta api bawah tanah, mengenai pertemuan Presiden Kim Jong-un dan Presiden Donald Trump. Koc kereta api ini telah dibina di Jerman pada pertengahan abad ke-20 dan dibawa ke Korea Utara pada tahun 1990-an.

Kredit :  AFP / EastNews

20. Pemandangan di dalam kilang pemprosesan sutera di Pyongyang pada 21 Ogos, 2018.

Kredit : Getty Images

21. Anak-anak pekerja kilang sutera sedang tidur di pusat penjagaan kanak-kanak yang disediakan oleh pengusaha kilang.

Kredit : Getty Images

Apa pendapat anda mengenai kehidupan moden terkini di Korea Utara? Kongsikan bersama kami.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds