Seorang pelajar Ijazah Sarjana (Masters) dari Universiti Monash, Australia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak universiti gara-gara gagal memperoleh markah baik dalam tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya.

Menurut laporan Newshub, pelajar yang mengkhusus dalam bidang kewartawanan bernama Chinmay Naik itu telah menghantar tugasan berkenaan stereotaip negatif terhadap anjing. Bagaimanapun, sebaik sahaja mendapati pensyarahnya hanya memberikan markah sebanyak 12/100, pelajar ini tidak berpuas hati tentangnya.

Kredit: Tech & Science

Chinmay kemudian meminta agar tugasannya disemak buat kali kedua dan tetap berasa kecewa kerana hanya memperoleh sedikit penambahan markah.

Berdasarkan laporan World of Buzz, tugasan yang telah dihantar oleh Chinmay melibatkan temuramah terbuka bersama beberapa pemilik anjing yang sedang membawa haiwan peliharaan masing-masing bersiar-siar. Tugasan tersebut dikatakan tidak mempunyai struktur naratif, tiada temuramah daripada pakar, tiada pendahuluan dan penutup yang jelas serta tidak tersusun.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan, Chinmay telah mengambil keputusan untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan keadilan.

Kredit: Daily Mail

Tambah Chinmay lagi, keputusan tersebut dibuat kerana pihak universiti tidak mendedahkan siapa penyemak kedua bagi tugasannya. Malah, Chinmay turut percaya tugasannya itu telah ditandakan oleh individu yang sama.

Selain membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi, Chinmay turut merujukkan kes berkenaan kepada pejabat Perdana Menteri Australia, Suruhanjaya Hak Manusia dan juga peguam awam. Namun malangnya, kesemua pihak tersebut telah menolak rayuan Chinmay.

Kredit: Berita Daily

Kejadian yang sungguh aneh dan tidak dijangka. Siapa sangka ada individu yang sanggup mengambil tindakan sedemikian semata-mata untuk mendapatkan gred yang lebih baik?

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds