Perpustakaan tidak semestinya berpusat dalam bangunan yang berhawa dingin. Perpustakaan boleh wujud di mana-mana sahaja dalam bentuk apa sekalipun. Selagi anda menggemari buku, mahu membaca, maka ia boleh berada dimana-mana.

Kami memeparkan anda 10 perpustakaan yang terunik sekali di dunia ini. Dan ia tidak seperti yang anda bayangkan kerana setiap satu daripadanya mempunyai tema dan rekaan yang tersendiri.

1. Perpustakaan pantai

Siapa kata bahawa sinaran matahari di sekitar pantai tidak boleh digandingkan bersama dengan perpustakaan. Perpustakaan terbuka Herman Kompernas yang dibina di pantai Laut Hitam di Bulgaria telah menarik sejumlah besar pengunjung. Perpustakaan ini menyediakan lebih daripada 2,500 buah buku bagi pengunjung yang ingin membaca sambil menikmati suasana di pantai. Perpustakaan ini harus disenaraikan pada buku catatan anda untuk dikunjungi.

Kredit: bomb01.com

2. Perpustakaan Bas

Bolehkah saya hanya memainkan telefon bimbit di dalam bas? Sudah tentu tidak, pengumpul bernama Antonio Consicao Ferreira berasal daripada Brasil mengubah sebuah bas untuk dijadikan perpustakaan bergerak di ibu negara Brasilia, membolehkan orang membaca dengan bebas. Para pembaca tidak perlu mengisi borang yang rumit dan boleh membacanya secara bebas. Antonio berkata bahawa dia tidak kisah jika orang tidak akan akan mengembalikan buku-buku ini, kerana dia mahu budaya membaca ini tersebar luas.

Kredit: bomb01.com

3. Perpustakaan peti surat

Ia tidak begitu sukar untuk membina sebuah perpustakaan, kadang-kadang hanya membinanya daripada sebuah peti surat kecil. Di sebuah bandar kecil yang jauh dari perpustakaan besar, pemilik peti surat akan meletakkan buku mereka sendiri di peti surat berhadapan pintu rumah untuk membiarkan orang membaca dan meminjam. Sungguh berhati mulia dan kreatif.

Kredit: bomb01.com

4. Perpustakaan pondok telefon

Terdapat banyak pondok telefon merah di Westbury-sub-Mendip, sebuah bandar kecil di selatan England. Terdapat rancangan untuk melupuskan pondok tersebut, tetapi penduduk sekitar menjadikan pondok telefon tersebut dijadikan tempat meletak buku. Membolehkan sesiapa yang ingin membaca boleh mengunjungi pondok tersebut.

Kredit: bomb01.com

5. Perpustakaan segera

Pada tahun 2009, sebuah universiti di Venezuela meletakkan buku cerita di belakang kuda untuk merangsang minat kanak-kanak dalam membaca.

Kredit: bomb01.com

6. Perpustakaan berbentuk gigi

Pada tahun 2013, banyak pondok berbentuk gigi dipasang di sekitar di New York. Dipasang sebagai perpustakaan luar sementara, ia dapat melindungi buku dengan berkesan dan membiarkan orang mengalami keseronokan membaca dalam situasi yang baharu.

Kredit: bomb01.com

7. Perpustakaan luar

Pada tahun 2012, sebuah perpustakaan luar telah ditubuhkan di kawasan halaman di Itali, dan sejumlah besar buku diletakkan di atas sebuah rak bertingkat.

Kredit: bomb01.com

8. Perpustakaan berbentuk buku

Walaupun sama dengan perpustakaan tradisional di mana ia merupakan sebuah bangunan. Reka bentuk bangunan perpustakaan ini telah berjaya menjadi sebuah tanda mercu di Kansas City. Menarik minat untuk membaca kepada semua orang.

Kredit: bomb01.com

9. Perpustakaan kereta kebal

Merupakan senjata pemusnah, sungguhpun kereta kebal dan perpustakaan tidak berhubung kait dengan budaya membaca. Negara Argentina telah mengubah pandangan semua pihak dengan menggunakan kereta kebal untuk dijadikan sebagai perpustakaan yang bergerak di seluruh negaranya.

Kredit: bomb01.com

10. Perpustakaan pada kenderaan

Menarik budaya dan menimbulkan minat orang untuk membaca adalah tujuan utama perpustakaan formal. Seorang guru Itali yang berpengalaman, Antonio La Cava telah menjadikan kereta terpakai kepada sebuah perpustakaan dengan muatan lebih daripada 700 buah buku. Beliau mengimpikan bahawa kanak-kanak akan jatuh cinta terhadap budaya membaca.

Kredit: bomb01.com

Sumber: Cocomy.net

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds