Beberapa kawasan di Jepun kini dilanda bencana telah menyebabkan huru hara ekoran kejadian banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan gelombang haba. Setakat ini, tujuh individu telah terkorban apabila gempa berukuran 6.7 magnitud melanda bahagian Utara Hokkaido pada pagi 6 September, mengakibatkan tanah runtuh di mana ia turut mengenggelamkan beberapa buah rumah.

“Ribuan mangsa gempa terbabit mengalami kecederaan terutamanya mereka yang berada di Sapporo,” kata Kazuya Isaki iaitu seorang pegawai di Pejabat Pengurusan Krisis Hokkaido. Seramai 40 orang dilaporkan hilang berhampiran di Atsuma, berdekatan dengan pusat gempa. Penyiar awam NHK melaporkan bahawa penerbangan dan pengangkutan awam di kawasan itu terhenti.

Gambar pada 6 September 2018 menunjukkan keadaan jalan yang rosak teruk di Hokkaido setelah dilanda gempa

Kredit: Yoko Wakatsuki and Chie Kobayashi, CNN

Menurut Syarikat Elektrik Hokkaido, hampir 3 juta kediaman telah terputus bekalan elektrik. Pegawai syarikat berkenaan berkata stesen janakuasa utama berhenti beroperasi, di mana ia menjejaskan perkara yang lain. Namun, terdapat penjana kuasa persendirian telah membantu. “Bekalan elektrik dihentikan untuk loji nuklear Tomari, tetapi ia boleh beroperasi tanpa bekalan elektrik luaran selama satu mingg,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.

Gempa kuat itu berlangsung hampir sejam, mengakibatkan para penduduk terpelanting daripada katil dan meruntuhkan jalan. Berhampiran dengan pusat gempa, tanah runtuh memusnahkan kediaman yang menjadi tempat tinggal kepada 40 orang penduduk di bandar kecil Atsuma. Sekurang-kurangnya lima orang berada di bawah runtuhan.

Kredit: Yoko Wakatsuki and Chie Kobayashi, CNN

Lebih 4,000 orang anggota tentera pertahanan telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk operasi penyelamatan dan ia akan ditambah sehingga 25,000 orang jika diperlukan, menurut Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Gambar menunjukkan bahawa rumah yang telah musnah dilanda tanah runtuh di pekan Atsuma, Hokkaido pada 6 September 2018 sejurus gempa bumi melanda bahagian Utara Kepulauan Hokkaido.

Kredit: Yoko Wakatsuki and Chie Kobayashi, CNN

Krew penyelamat yang menaiki helikopter juga dihantar bagi menyelamatkan puluhan mangsa. Sementera itu, beberapa pusat perlindungan sementara turut dibina di beberapa tempat. Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa susulan masih berterusan pada pagi Khamis, dan boleh mendatangkan risiko pada minggu hadapan. Agensi itu turut memberi amaran kepada penduduk mengenai peningkatan risiko bangunan runtuh berhampiran pusat gempa.

Kredit: NHK WORLD-JAPAN/Facebook

Sumber: CNNNHK WORLD-JAPAN/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds