KUWAIT – Sebuah kedai menjual ikan telah menemui satu helah bagi memperlihatkan ikan jualannya nampak segar dengan menampal mata palsu pada ikan tersebut. Walau bagaimanapun, helah berkenaan disedari oleh pihak berkuasa.

Kredit: @eldahshan

Menurut media tempatan, pemilik kedai berkenaan diarah untuk menghentikan operasi selepas imej dan video yang menunjukkan “ikan segar” muncul di media sosial pada Ahad, 2 September lalu.

Gambar di bawah ini menunjukkan gambar ikan dengan mata palsu yang ditampal dan gambar disebelahnya menunjukkan mata ikan yang sebetulnya telah berwarna kuning.

Kredit: @eldahshan/Twitter

Berikutan dengan tersebarnya gambar berkenaan di laman Twitter, ia disambut dengan reaksi lawak daripada warga Twitter.

Ini bukanlah kali pertama kejadian sebegini berlaku di Kuwait. Pada Julai lalu, seorang penjual ikan telah dituduh memasukkan paku ke dalam isi ikan yang dijualnya agar timbang berat ikan tersebut lebih berat sekaligus meningkatkan harganya dalam pasaran.

Kredit: Kuwait Times

Menurut laporan Kuwait Times, seorang pelanggan wanita didakwa telah menemui beberapa batang paku di dalam ikan yang dibelinya ketika hendak menyiang ikan berkenaan.

Sumber: Kuwait Times, Says

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia BISNES GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds