Muzik boleh digunakan untuk meluahkan perasaan dimana tidak dapat digambarkan melalui kata-kata, ia mempunyai perasaan yang mendalam dalam menghubungkan dengan pemain biola Fiona Zheng. Dia menggunakan hubungan antara perasaan melalui hati artis dan penguasaan teknikal muzik untuk memberi kesan kepada penontonnya.

“Ketika mempelajari muzik, kita selalu tertanya-tanya terhadap soalan ini: Bagaimana anda boleh membuatkan penonton anda berasa tersentuh?” Bagaimana anda boleh menyentuh mereka dengan lebih mendalam? Saya benar-benar berfikir bahawa apabila anda membuka hati kamu dan meluahkannya kepada penonton, maka muzik anda boleh menyentuh hati penonton. Kemudian penonton akan mula menjiwai muzik tersebut.” kata Zheng dalam sebuh video yang diterbitkan oleh Seni Persembahan Shen Yun, dimana Zheng adalah sebagai pemain biola.

Sumber: ntdtv

“Merantau untuk mengelakkan penganiayaan”

Semasa Zheng memainkan “Zigeunerweisen” atau “Gypsy Airs” Sarasate, sentimen sebenar yang melankolis dan sentimen kehidupan memberikan muzik bertambah mengasyikkan apabila dihasilkan secara terus dari hati seorang pemuzik. Sesungguhnya, Zheng mempunyai penafsiran peribadi tentang ciptaan muzik ini, disampaikan dengan jelas melalui ekspresi wajahnya yang sangat beremosi dan gosokan biola yang memukau membuatkan muzik itu mempunyai komposisi tersendiri.

Sumber: ntdtv

Sewaktu nenek Zheng masih hidup, dia mengalami banyak penyakit, termasuk tekanan darah tinggi, dan pinggulnya diliputi oleh bisul. Dia kemudiannya menemui Falun Dafa, sebuah amalan minda yang indah yang mengetengahkan kepada prinsip-prinsip Sejati, Baik dan Sabar yang berkembang di China ketika pada tahun 90-an. Melihatkan bahawa penyakit neneknya “sembuh dengan ajaibnya” semasa mengamalkan disiplin rohani yang menakjubkan ini, Zheng dan seluruh keluarganya mula mengamalkannya.

Parti Komunis China menyifatkan populariti Falun Dafa sebagai ancaman kepada pemerintahan autoritinya pada Julai 1999. Penganiayaan ganas berlaku, meruntuhkan ramai keluarga termasuk Zheng.

Sumber: ntdtv

“Pada tahun 2006, polis telah masuki ke dalam rumah kami merampas semua buku berkaitan dengan Falun Dafa dan menangkap ibu dan nenek saya. Kedua-dua ibu dan nenek saya meninggal dunia akibat penganiayaan dan diseksa. Jarak kematian mereka hanya 15 hari, “kata Zheng, dalam satu temu bual di laman web Shen Yun.

Sumber: ntdtv

“Setelah itu, ayah saya dan saya sentiasa berpindah-randah dan merantau seperti para kaum pengembara. Ciptaan lagu Zigeunerweisen Sarasate diilhamkan ketika waktu mereka sentiasa merantau untuk mengelakkan penganiayaan.”

Zheng benar-benar terkejut mengapa rejim China berusaha menghapuskan Falun Dafa dari China.

“Adakah terdapat sesuatu yang salah dengan mempercayai Sejati, Baik dan Sabar?” Zheng mempersoalkan. “Mengapa mereka menganiaya orang yang tidak bersalah?”

Sumber: ntdtv

Walaupun mimpi ngeri itu nampaknya berakhir ketika dia berpindah ke Amerika, realiti kehidupan memberitahu bahawa keputusan untuk meninggalkan tanah air adalah tiada apa-apa selain kenangan yang pahit. Mungkin ini sebabnya Gypsy Airs sangat mengasyikkan apabila dimainkan oleh Zheng.

Sebuah perjalanan untuk penguasaan diri

Selama enam bulan pertama berada di luar negara, Zheng yang tersiksa tidak berani untuk bermeditasi di luar taman. Dia memilih untuk berlatih di bilik tidurnya dengan tirai ditutup. Setiap kali dia melihat kereta polis dia akan terkejut.

Pada masa yang sama, dia belajar menenangkan diri dan mengetahui bahawa dia selamat di Amerika, sebuah negara yang tidak diperintah oleh rejim komunis.

Sumber: ntdtv

Sejak menyertai Shen Yun pada tahun 2012, pemain biola itu berkongsi bakatnya dengan penonton di beberapa dewan konsert yang paling berprestij di dunia, termasuk Dewan Carnegie di bandar New York.

Sumber: ntdtv

Diperkenalkan kepada muzik pada usia 3 tahun, dan pertama kali bermain biola ketika usia 5 tahun, Zheng mengakui bahawa ia adalah perjalanan penguasaan yang berterusan. Peningkatan hatinya merupakan landasan kepada segala-galanya.

Sumber: ntdtv

“Saya fikir muzik sangat rumit. Hati dan perasaan anda berubah sedikit, tenaga yang anda bawakan juga akan berbeza. “

Sumber: ntdtv

Para penonton boleh merasakannya.

“Sungguh hebat! Saya sendiri tidak menahan… Saya pergi ke opera untuk melihat dan dia membuatkan saya sungguh kagum dengannya. Saya fikir dia hebat dan berjaya,” kata seorang warga New York, Linda Midas, yang menghadiri persembahan pertunjukan Shen Yun Symphony Orchestra pada 10 Oktober 2015.” Pemain biola itu mengambil hati saya. Betapa cantiknya dia bermain.”

Sumber: ntdtv

Zheng mengakui dia mendapati dirinya “sangat gugup” sebelum persembahan solo, tetapi apabila mula bermain nota pertama, semua kebimbangan hilang apabila dia menumpukan perhatian kepada muzik.

Sumber: ntdtv

Lebih-lebih lagi, dia juga mempunyai tabiat bermeditasi sebelum persembahan yang sangat membantu.

“Ia menjadikan muzik saya lebih kuat, dan saya dapat merasakan sesuatu tenaga mengalir dari setiap nota.”

Berikut adalah video persembahan dan kisah Fiona Zheng:

Kredit: Shen Yun Official Account/Youtube

Kredit: Shen Yun Official Account/Youtube

Sumber: NTDTVShen Yun Official Account/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds