Orang ramai sangat teruja dengan imej yang ditangkap pada kamera hidupan liar di hutan Oregon awal bulan ini. Pada pandangan pertama, nampaknya seperti gambar biasa sebuah keluarga serigala kelabu – dua anak kecil yang dipelihara dengan penuh perhatian oleh ibunya – tetapi sebenarnya, telah beberapa dekad usaha dilakukan untuk mengembalikan serigala ke lokasi di mana populasi serigala telah benar-benar lenyap.

Kredit: OregonLive.com

70 tahun yang lalu, populasi serigala kelabu telah lenyap dari Oregon. Faktor pemburuan haram dan habitat dimusnahkan telah menjejaskan populasi serigala yang telah mendiami rantau itu selama berabad-abad.

Kredit: The Dodo

Tetapi terima kasih kepada usaha pemuliharaan dan perlindungan daripada Akta Spesies Terancam, serigala kelabu perlahan-lahan mulai kembali ke negeri itu. Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Oregon (ODFW), Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat (USFWS) dan Persatuan Gabungan Warm Springs telah bekerjasama untuk memantau populasi serigala di Oregon. Pada tahun 2014, mereka berjaya menjejaki serigala jantan dan serigala betina. Dua tahun selepas itu – mereka menyedari bahawa haiwan itu mungkin pasangan.

Sekarang ada sesuatu yang belum didokumenkan sejak tahun 1940-an: Anak serigala dilahirkan di habitat Gunung Hood.

“Ini menandakan pembiakan pertama serigala yang diketahui di bahagian utara Oregon Cascade Mountains sejak serigala mula kembali ke negeri itu pada tahun 2000 an,” tulis ODFW.

“Kelahiran anak serigala ini merupakan tonggak penting dalam pemuliharaan serigala,” kata Maggie Howell, pengarah eksekutif Pusat Pemuliharaan Serigala (WCC), kepada The Dodo.

“Kemunculan semula serigala kelabu yang hebat daripada kepupusan adalah bukti kejayaan Akta Spesies Terancam – salah satu daripada undang-undang bipartisan paling berjaya negara kita pernah diterima pakai,” tambahnya.

Berita itu juga amat penting untuk Brooks Fahy, pengarah eksekutif Predator Defense.” Mengetahui serigala yang ada di Mount Hood adalah perkara yang gembira untuk saya,” kata Fahy kepada The Dodo.

“Saya berpindah ke sana pada tahun 1977. Saya selalu bermimpi bahawa serigala akan kembali ke tempat bersejarah mereka di landskap lasak yang megah ini.”

Kredit: OregonLive.com

Tetapi para pemelihara serigala juga tahu semua ancaman semasa yang sedang dihadapi oleh haiwan ini. “Saya yakin dan optimis mereka akan melakukannya dengan baik,” tambah Fahy.

Walaupun anak serigala ini dilindungi, tetapi di kawasan lain, seperti bahagian timur negara, serigala bersaing dengan industri peternakan – yang menyebabkan kematian serigala. “Memburu serigala untuk mengawal populasi mereka hanya mencipta lebih banyak masalah melalui gangguan sosial kumpulan itu,” kata Fahy.

Kadang kala, penguatkuasa sendiri yang membenarkan pembunuhan serigala. “Minggu lepas, ODFW mengeluarkan semula permit membunuh serigala kepada peternak di Wallowa County yang kehilangan seekor anak lembu akibat serigala, membolehkan dia menembak mati seekor serigala dari kumpulan Chesnimnus,” kata Howell. “Ini membawa persoalan yang sangat serius – patutkah pembunuhan serigala di tanah awam Amerika dibenarkan di Oregon semata-mata untuk memberi keuntungan kepada margin keuntungan perniagaan swasta?”

Permit tidak sepatutnya diberi secara sewenang-wenangnya kepada peternak, jika mahu melindungi spesies ini daripada lenyap sekali lagi dari Oregon.

Sumber: The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds