Sebagai ibu bapa, kadangkala kita keliru untuk menentukan bila kita perlu mendidik anak-anak mengenai aspek keselamatan diri. Untuk menyebut mengenai isu individu tertentu yang mungkin mengambil kesempatan ke atas mereka tanpa disedari dan lambakan kes pedofilia membuatkan kita bimbang tentang keselamatan anak-anak sama ada lelaki mahupun perempuan.

Gangguan seperti ini boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, tempat awam mahupun secara maya.

 

Kredit: Kidz in Contact

Oleh demikian, ibu bapa harus menerapkan ilmu mengenai Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat kepada anak-anak bagi membolehkan mereka bersedia untuk melindungi diri daripada gangguan seksual.

Ikuti 4 tips bermanfaat ini:

#1 Ajar mereka nama semua bahagian tubuh termasuk bahagian sulit

Kredit: Ascend International

Segelintir kanak-kanak mengalami kesukaran untuk menggunakan perkataan yang sepatutnya jika mereka mengalami penderaan seksual. Didik mereka untuk menggunakan perkataan yang betul seperti kemaluan dan punggung seawal usia tiga tahun.

Hal ini boleh membantu mereka untuk tidak berasa malu sekiranya ingin mengadu kepada orang dewasa jika berlaku sebarang sentuhan pada bahagian tersebut.

#2 “Anda adalah tuan kepada badan anda”

Fahamkan anak-anak bahawa mereka mempunyai hak untuk membenarkan siapa yang boleh menyentuh mereka dan bagaimana cara yang betul.

Misalnya, jika berlaku situasi di mana anak anda tidak gemar rambutnya ditarik oleh adik-beradik yang lain, anda sebagai ibu bapa harus peka dengan keadaan itu dan mendidik anak-anak lain supaya menghormati orang lain.

Kredit: iStock

Di samping itu, anda juga tidak digalakkan untuk memaksa anak-anak menerima pelukan dan ciuman daripada orang lain jika mereka enggan melakukannya. Ini akan mengajar anak bahawa tidak mengapa untuk mengatakan ‘Tidak’ kepada orang lain jika mereka tidak selesa.

Dengan cara ini, mereka akan faham dengan lebih jelas bahawa mereka berhak mengawal sentuhan dengan individu lain tanpa menyinggung perasaan orang lain.

#3 Terangkan kepada anak tentang 3 jenis sentuhan

  • Sentuhan selamat – Contoh sentuhan selamat adalah memeluk, menepuk di belakang dan merangkul pada bahu. Sentuhan jenis ini membuatkan kanak-kanak terasa dipedulikan dan penting kepada orang lain.

Kredit: Adobe Stock

  • Sentuhan tidak selamat – Sentuhan yang boleh menyakiti badan atau perasaan misalnya memukul, menolak, mencubit dan menendang.
  • Sentuhan yang tidak diingini – Merujuk kepada sentuhan yang mungkin selamat tetapi menyebabkan ketidakselesaan pada kanak-kanak itu. Bantu anak-anak untuk mengatakan ‘Tidak’ dengan suara yang kuat dan sopan walaupun kepada individu yang dikenalinya. Ia akan membantu anak-anak menetapkan sempadan peribadi.

Satu lagi sentuhan tidak selamat yang harus dielakkan oleh kanak-kanak adalah apabila ada orang dewasa menyentuh kemaluan mereka bagi tujuan selain untuk membersihkan (tukar lampin, mandi dan sebagainya) atau untuk menjaga kesihatan (lawatan pemeriksaan dengan doktor).

Fahamkan kepada mereka bahawa tiada siapa yang boleh menyentuh bahagian sulit kecuali untuk membersihkan atau menjaga kesihatan mereka.

Hal ini kerana kebanyakan pelaku pedofilia melakukan kegiatan keji mereka dengan membuatkan kanak-kanak percaya dan selesa dengan mereka. Jadi, pastikan anda memberikan perlindungan terbaik kepada anak-anak dengan didikan dan pencegahan yang sewajarnya.


Kredit: Wanita IKRAM Malaysia/Facebook

Sumber: Hello DoktorWanita IKRAM Malaysia/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds