PUTRAJAYA – Pada 17 Ogos yang lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan kesemua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melibatkan jumlah sebanyak RM435 juta yang belum dibayar sejak pelaksanaan sistem berkenaan pada tahun 2012.

Kredit: Berita Harian

Sistem ini juga dimaklumkan akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September ini selepas pihak kerajaan enggan menyambung kontrak bersama dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem AES sebelum ini iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, keputusan pembatalan saman AES itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.

Kredit: Fariz Iswadi Ismail / New Straits Times

“Mulai 1 September ini, operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman AES semuanya akan dilakukan JPJ. Kerajaan juga berkorban untuk tidak mengutip saman yang belum berbayar dan ini akan dilaksanakan secara one-off.”

Kredit: Smasa News

Tambah Anthony lagi, bagi mana-mana pihak yang telah melakukan pembayaran saman, kerajaan tidak akan membuat pembayaran semula kepada pihak tersebut.

Kerajaan juga tidak akan mengalami sebarang kerugian atas tindakan pembatalan saman secara serta-merta ini kerana berdasarkan kepada perjanjian, bayaran saman tersebut akan disalurkan kepada dua syarikat konsesi tersebut dan bukannya kerajaan.

Kredit: NST Online/Facebook

Sumber: Astro Awani, BH OnlineHarian MetroNST Online/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds