Saya yakin bahawa ketika anda masih kecil, anda telah bermain banyak permainan dengan adik-beradik, ibu bapa dan rakan-rakan anda. Sebelum zaman permainan video, komputer, telefon pintar dan segala jenis gajet, kanak-kanak di zaman 90-an terutama di negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia banyak bermain permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Konda Kondi, Teng Teng dan sebagainya. Walaupun zaman dulu tiada Internet, namun permainan-permainan ini tetap boleh tersebar luas ke merata dunia dengan pelbagai nama dan versi tersendiri.

Kajian menyatakan bahawa cimpanzi mempunyai keupayaan berfikir yang seakan-akan kanak-kanak berusia 4 tahun. Perbezaannya hanyalah pada kaedah pembelajaran. Video ini boleh dijadikan sebagai bukti untuk menyokong kajian tersebut.

Seekor cimpanzi dewasa sedang bermain dengan cimpanzi yang masih kecil dengan gelagat yang comel. Memegang anak cimpanzi tersebut dengan kakinya untuk seolah-olah ia sedang ‘terbang’ seperti pesawat. Pada satu ketika, cimpanzi dewasa tersebut menggoncang bayi cimpanzi tersebut.

Rakaman itu diambil oleh  Taï Chimpanzee Project (TCP), sebuah kumpulan penyelidikan yang mengikuti kumpulan cimpanzi selama 30 tahun.

Tingkah laku cimpanzi yang penyayang ini telah menyentuh perasaan ramai orang. Ikatan yang ditunjukkan oleh mereka membuktikan bahawa kasih sayang juga wujud dalam kehidupan haiwan. Tetapi sayangnya spesies mereka menghadapi kepupusan. WWF menyatakan:

“Cimpanzi telah ‘hilang’ dari empat buah negara Afrika, dan hampir pupus di banyak negara lain. Pemusnahan hutan dan perburuan haram untuk pokok belukar telah memberi kesan yang amat dahsyat di kebanyakan populasi.”

Makhluk-makhluk ini sangat menarik dan mempesonakan, kita boleh belajar banyak perkara baik daripada mereka. Tingkah laku mereka tidak terlalu berbeza dengan ikatan hubungan antara manusia.

Tonton video tersebut di bawah:

Kredit: Tai Chimpanzee Project/Youtube

Sumber: Tai Chimpanzee Project/Youtube, Happiest

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds