Kita biasa mendengar manusia memiliki haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing, atau memelihara haiwan eksotik seperti burung kakaktua, cicak mengkarung dan iguana. Tetapi jarang pula mendengar seseorang itu memiliki haiwan peliharaan yang besar seperti seekor beruang.

Pasangan dari Rusia, Svetlana dan Yuriy Panteleenko memelihara seekor beruang bernama Stepan yang telah berusia 25 tahun, dan menganggap Stepan seperti anak mereka sendiri yang telah dijaga sejak ia berusia 3 bulan.

Stepan memiliki berat kira-kira 136 kilogram dan tinggi 213 sentimeter, menyamai bintang bola keranjang Shaquille O’Neil.

Walaupun Stepan berbadan besar dan berat, pasangan Svetlana dan Yuriy melayannya seperti anjing peliharaan.

Stepan juga telah dilatih untuk bermain baling dan sambut bola.

Serta akan menonton televisyen bersama pasangan Panteleenko pada masa terluang.

Satu aktiviti di luar yang Stepan paling sukai ialah membantu pasangan ini menyiram pokok bunga dan berkebun di sekitar rumah.

Stepan juga menyukai bersarapan dengan memakan semangkuk bubur seperti dalam kisah cerita kanak-kanak Goldilocks. Tetapi makanan paling disukainya ialah satu tin susu pekat manis.

Setiap hari Stepan perlu diberikan makanan kira-kira 25 kilogram seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan telur bersama satu tin susu pekat manis. Satu perbelanjaan untuk makanan yang banyak.

Svetlana berkata, “Stepan amat suka duduk dan memeluk kami di atas sofa di ruang tamu sambil menonton televisyen.”

Stepan seekor beruang yang suka bersosial dan ramah dengan manusia. Stepan tidak berbahaya dan tidak pernah menjadi agresif. Walaupun kuku dan taringnya itu amat tajam dan menggerunkan, ia tidak pernah mencakar dan menggigit manusia.

Semua berlaku sebelum PETA ditubuhkan, Stepan seekor anak beruang yatim piatu yang cedera parah, ditemui oleh pasangan ini lalu memeliharanya sehingga sembuh dan membesar. Di Rusia, memelihara beruang yang diambil dari hutan merupakan satu kesalahan.

Seorang kakitangan Persatuan Alam Semulajadi dan Biodiversiti di Jerman, Stefan Michel berkata, “Apabila seekor anak beruang sudah menjadi biasa berhubungan dengan manusia, usaha pemuliharaan akan menjadi sukar dan berisiko kerana seekor beruang sudah berasa selesa bersama manusia yang ia sayang dan ini merupakan satu ancaman.”

Mungkin Stefan Michel belum lagi bertemu dengan Stepan dan keluarga Panteleenko yang telah berjaya menjinakkan seekor beruang, untuk mempelajari kaedah dan petua memahami perasaan seekor beruang sehingga menjadi jinak.

Kredit foto : 9gag

Lihat betapa akrabnya hubungan si beruang Stepan bersama keluarga Panteleenko seperti sebahagian keluarga sendiri.

Kredit: Caters Clips/Youtube

Sumber : 9gag , Cocomy , BrainCharmCaters Clips/Youtube

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds