GENOA, ITALI – Dunia dikejutkan dengan kejadian runtuhan jambatan yang berlaku pada Selasa (14 Ogos) kira-kira pukul 11:30 pagi waktu tempatan di sebuah bandar yang terletak di kawasan Utara Barat Itali. Difahamkan bahawa pasukan penyelamat sedang mencuba sedaya upaya sehingga malam bagi menyelamatkan mangsa dalam insiden runtuhan jambatan jalan raya berkenaan.

Kredit: BBC.com

Pihak polis berkata lebih kurang 35 orang telah terbunuh dan 16 orang lagi mengalami kecederaan apabila puluhan kenderaan jatuh daripada ketinggian 45 meter (148 kaki). Laporan mengatakan bahawa tangisan dapat didengari daripada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tersebut. 12 orang yang lain dilaporkan hilang. Seramai 300 orang anggota bomba dan penyelamat daripada seluruh Itali terlibat dalam operasi menyelamat dengan menggunakan khidmat anjing pengesan beserta dengan peralatan memanjat.

Kredit: Antonio Calanni

Ratusan pengguna dibawa keluar daripada bahagian lain jambatan kerana risau runtuhan tersebut akan merebak. Laporan mengatakan bahawa faktor kejadian yang berlaku ketika hujan lebat tersebut tidak dapat dipastikan namun persoalan mengenai struktur keselamatan dibangkitkan. Menteri Dalam Negeri, Matteo Salvini berjanji bahawa beliau akan membawa individu yang bertanggungjawab terhadap insiden ini ke muka pengadilan. 

Kredit: ABC News

Jambatan Morandi yang dibina pada tahun 1960-an terletak di lebuh raya A10, merupakan laluan trafik utama bagi mengangkut barangan daripada pelabuhan tempatan, yang juga merentasi Riviera, Itali dan pantai Selatan Perancis. Operasi menyelamat sememangnya agak sukar dijalankan. Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter oleh seorang anggota penyelamat, menunjukkan bahawa mangsa diselamatkan keluar daripada keretanya yang hancur menggunakan kabel yang digantung pada tinggalan jambatan yang tinggi itu.

Kredit: Luca Zennaro/ANSA

Sebanyak 30 sehingga 35 buah kenderaan dan 3 lagi kenderaan berat dilaporkan sedang melalui jambatan itu sewaktu kejadian buruk tersebut berlaku. Menara besar dan bahagian jambatan berkenaan runtuh dan jatuh ke laluan jalan raya, sungai dan gudang. Menurut Marcello de Angelis, wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Itali berkata kesemua mangsa dirawat sama seperti mangsa gempa bumi. “Mungkin terdapat beberapa ceruk yang terbentuk oleh runtuhan itu sendiri, dan menyebabkan orang ramai dilindungi oleh runtuhan.

Kredit: Luca Zennaro/ANSA

Insiden tersebut menerima perhatian daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang turut menyampaikan mesej simpatinya pada seluruh warga Itali dalam bahasa Itali dan Perancis. Beliau juga berkata bahawa Perancis sentiasa bersedia dalam memberikan bantuan kepada Itali.

Kredit: 7 News Sydney/Facebook

Sumber: BBC News, 9 News, ABC News 7 News Sydney/Facebook

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds