Baru-baru ini seorang pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berasa amat terkejut apabila beliau telah gagal memasuki mana-mana universiti awam walaupun keputusan peperiksaan STPM pelajar ini agak cemerlang.

Menurut laporan Sinchew, pelajar ini yang bernama Mok Shu Peng dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar berkata, beliau menjalani semua proses yang sama bersama rakan-rakan sekelas yang lain dengan mengambil peperiksaan STPM dan MUET, dan mendapat keputusan CGPA 3.42 , satu keputusan yang melayakkan seorang pelajar memasuki universiti awam dengan mudah.

Kredit : Sinchew Daily

Pelajar berusia 20 tahun ini berasa sangat yakin akan dapat memasuki universiti awam dengan jurusan pilihan, tetapi keputusan dari Unit Pusat Universiti (UPU) yang dikeluarkan pada 31 Julai 2018 telah membuat dirinya berasa sangat terkejut. Dari kesemua 12 pilihan universiti dan jurusan yang dipohon, tiada satu di antaranya yang berjaya diterima walaupun dengan keputusan STPM Mok Shu Peng yang cemerlang.

Mok Shu Peng yang bercita-cita untuk mengambil jurusan seni bina di universiti awam pilihannya berasa amat kecewa apabila tiada satu universiti awam di Malaysia yang menerima permohonannya.

Kredit : Sinchew Daily

Kata Shu Peng, “Saya kembali ke sekolah untuk mendapatkan nasihat guru dan memohon semula dengan membuat rayuan secara dalam talian. Walau bagaimananapun saya telah diarah ke halaman lain, tidak sama seperti permohonan rakan yang lain. Saya menjadi buntu untuk membuat pilihan lain, kemudian baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena dalam permohonan ini.”

Shu Peng menyedari dengan berkata, “Nombor ’06’ (kosong enam) yang mewakili negeri telah dimasukkan sebagai ‘O6’ (huruf ‘O’ enam). Akibatnya, tiada rekod bagi keputusan peperiksaan MUET saya di dalam pangkalan data.”

Akibat kesilapan manusia, kelayakan Mok Shu Peng untuk memasuki universiti awam telah dinafikan, dan beliau tidak boleh menerima kesilapan yang kecil ini akan menjejaskan masa hadapannya. Pelajar cemerlang ini tidak dapat menahan air matanya selepas mendapat tahu punca sebenar mengapa kesemua permohonan tersebut telah ditolak.

Kredit : Sinchew Daily

Difahamkan seorang kakitangan telah membantu Shu Peng dalam mengenal pasti kesilapan yang kecil ini dan beliau telah membuat permohonan secara dalam talian sekali lagi, tetapi kali ini jurusan yang ditawarkan kurang popular yang tidak diminati oleh Shu Peng.

Dengan rasa enggan berputus asa, Mok Shu Peng telah menemui wakil rakyat di pusat khidmat masyarakat Parti Keadilan Rakyat Indera Mahkota dan membuat permohonan rayuan kepada Ahli Parlimen Temerloh, Dato’ Saifuddin Abdullah untuk membantunya menyelesaikan masalah ini.

Diharap permohonan rayuan Mok Shu Peng untuk memasuki universiti awam dengan mengambil jurusan seni bina akan berjaya kelak. Jadi, bagi calon yang bakal memasuki universiti awam kelak, pastikan anda memeriksa dengan teliti apa-apa dokumen penting bagi membolehkan proses permohonan berjalan dengan lancar dan tiada kesilapan yang berlaku.

 Sumber : Sinchew Daily, World of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds