Ekoran dengan peratusan penggunaan internet yang tinggi (kebanyakannya melibatkan permainan dalam talian dan media sosial) dalam kalangan anak muda, pihak kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan sedang dalam usaha untuk mengehadkan akses bagi menangani ketagihan internet.

Kredit: James Carmody / ABC

Isu ini dinyatakan semasa sesi Dewan Rakyat oleh Dr. Lee Boon Chye selaku Timbalan Menteri Kesihatan pada 13 Ogos yang lalu. Menurutnya, pihak kementerian kini sedang mengkaji polisi sedia ada daripada beberapa negara dalam usaha menangani masalah ketagihan internet dalam kalangan belia.

Merujuk kepada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017, Dr. Lee mendedahkan bahawa 34.9% remaja di Malaysia antara umur 13 hingga 17 mengalami ketagihan internet. Menurut Malay Mail, Dr. Lee juga berkata pada tahun 2017, sebanyak 24.1 juta pengguna internet di Malaysia, dengan lebih 80% menggunakannya untuk media sosial dengan purata masa melebihi 4 jam sehari.

Kredit: David Wong / South China Morning Post

Pihak kementerian juga sedang mengkaji kelaziman ketagihan permainan dalam talian di Malaysia bagi mendapatkan solusi kepada masalah ketagihan internet dengan mengehadkan penggunaan selepas tengah malam yang dirujuk pada undang-undang yang telah dilaksanakan di Jepun dan Korea Selatan. Di negara berkenaan, akses internet dihadkan (12 pagi – 6 pagi) terhadap mereka berumur 17 tahun ke bawah. Usaha ini turut melibatkan pihak syarikat penyedia permainan dalam talian.

Sesetengah syarikat menetapkan bahawa pengguna bawah umur untuk berhenti bermain untuk tempoh satu hingga dua jam. Jika tidak, mereka akan dipaksa untuk ‘offline’. Di Korea Selatan pula, terdapat undang-undang yang menyekat kanak-kanak di bawah umur 16 tahun daripada bermain permainan video dalam talian antara tengah malam dan 6 pagi (tempoh penutupan) menerusi Akta Perlindungan Perlindungan Belia. Undang-undang berkenaan yang lebih dikenali dengan Undang-undang Cinderella telah menunjukkan hasil sejak November 2011.

Kredit: SeoulSpace

Thailand juga mengimplementasikan undang-undang yang sama pada 2003 di mana ‘server’ permainan dalam talian akan disekat antara pukul 10 malam dan 6 pagi. Walau bagaimanapun, ia tidak pernah diluluskan sebagai undang-undang rasmi dan digantikan dengan dasar yang melarang anak-anak di bawah umur mengakses kafe siber dua tahun kemudian.

Di China, Sistem Pencegahan Ketagian Dalam Talian mengkehendaki pembangun permainan dalam talian untuk menghalang pemain bawah umur daripada bermain untuk tempoh yang lama dengan menjatuhkan ganjaran dalam permainan atau menghentikan permainan selepas tempoh waktu tertentu.

Sumber: Says, Malaymail

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds