Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dilunaskan oleh peminjam kerana ia merupakan tanggungjawab moral.

Tun Dr Mahathir, seperti dipetik dari The Star, menyatakan bahawa pada masa ini jumlah wang yang terhutang kepada PTPTN adalah RM39 bilion. Ia hampir sama dengan kerugian yang ditanggung oleh 1MDB.

Kredit: The Star

“Itulah jumlah wang yang belum dibayar kepada kerajaan atas apa yang dibelanjakannya untuk memberi pendidikan yang baik dan seterusnya peluang kerja dan pendapatan yang lebih cerah,” tambah beliau.

Dr Mahathir juga berkata, rakyat Jepun adalah contoh terbaik yang aman mereka sangat rajin dan jika mereka gagal mereka akan berasa malu.

“Satu-satunya orang Malaysia yang tahu malu adalah ketika mereka berpakaian buruk atau mencuri,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan melalui menterinya, Dr Maszlee Malik berjanji untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman tabung tersebut bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 selain ia antara 10 janji dalam 100 hari pentadbiran PH.

Kredit: NSTP

Bagaimana untuk membuat pembayaran balik PTPTN?

Sekiranya anda ingin membuat apa-apa bayaran balik pinjaman atau deposit, sebenarnya ada begitu banyak kaedah lain yang membolehkan anda berbuat demikian. Dalam era internet ini, hampir semuanya boleh dilakukan secara dalam talian!

Berikut adalah beberapa saluran untuk melakukannya:

  • JomPAY
  • Perbankan atas talian
  • Direct debit daripada akaun bank anda atau potongan gaji

Diskaun 10 % untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web PTPTN atau hubungi talian hotline mereka di 03-2193 3000.

Sumber: The Star, World of BuzzPTPTN

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds