Janet Adamowicz berasa sedih apabila Boo, kucingnya tercinta, melarikan diri dari rumah pada tahun 2005 yang pada ketika itu ia berusia empat tahun. Dia berusaha keras mencari Boo dengan meletakkan poster di sekitar tempat tinggalnya di Harrogate, England, dan juga meletakkan iklan tentang kehilangan Boo dalam surat khabar tempatan.

Selepas setahun mencari, Janet berputus asa dan akhirnya memutuskan untuk memelihara dua ekor kucing lain, Ollie pada tahun 2008, dan kemudian Tessie pada tahun 2014. Dia hanya berharap bahawa Boo telah menemui rumah lain dan masih hidup dengan baik. Tetapi, 13 tahun kemudian, dia mendapat panggilan telefon. “Saya mendapat panggilan telefon pada hari Khamis yang mengatakan kucing saya yang hilang telah ditemui,” kata Janet. “Saya berkata tidak, mereka berdua di sini’ – tetapi mereka berkata bahawa melihat pada sistem, saya memiliki kucing bernama Boo. Saya fikir ia adalah pelik, tetapi saya tidak percaya apabila saya tiba di klinik haiwan dan mereka memilikinya di sana – dan ia masih ingat saya.”

“Saya tidak tahu di mana ia berada, saya fikir mungkin sesat tetapi terus diberi makan oleh orang yang tidak dikenali – atau mencari makanannya sendiri.”

Boo berada dalam kesihatan yang mengejutkan untuk umurnya dan menjaga dirinya sendiri selama bertahun-tahun. Ia hanya menunjukkan tanda-tanda keletihan dan sedikit dehidrasi. Ia dibawa ke Wicstun Vets di York oleh seorang wanita tanpa nama, tanpa maklumat lain. Kucing itu telah ditemui di sebuah bandar 40 batu jauhnya dan telah berlegar-legar di situ selama beberapa minggu.

“Boo adalah anak kucing yang cergas dan bersemangat, menikmati aktiviti luar dan mengembara – tetapi akan sentiasa pulang ke rumah,” jelas Janet. “Kami tidak tahu bagaimana ia melalui pengembaraan sejauh 40 batu itu, mungkin ada beberapa sebab. Dia telah melakukannya dengan baik sebagai kucing berusia 17 tahun untuk bertahan sebagai kucing yang sesat – ia benar-benar luar biasa.”

Mereka telah menggunakan data mikrocip dari 2001, memadankan nama Boo dengan nombor telefon Janet. Doktor haiwan tersebut mengambil peluang ini untuk menggesa semua pemilik haiwan kesayangan supaya meletakkan mikrocip kerana sebagai kisah ini membuktikan keberkesanannya.

Ini adalah Boo, berusia 4 tahun ketika ia hilang pada tahun 2005

Kredit: SWNS

Pemiliknya yang patah hati, Janet Adamowicz, berusaha mencari Boo selama setahun sebelum akhirnya berputus asa

Kredit: SWNS

13 tahun kemudian, dia mendapat panggilan daripada doktor haiwan yang berada 40 batu jauhnya

Kredit: SWNS

“Saya mendapat panggilan pada hari Khamis yang mengatakan bahawa mereka telah menemui kucing saya yang hilang,” kata Janet

Kredit: SWNS

“Saya fikir ia adalah pelik, dan saya tidak percaya apabila saya tiba di klinik haiwan tersebut, mereka benar-benar menemuinya dan ia masih ingat saya.”

Kredit: SWNS

“Saya tidak tahu di mana ia berada, saya fikir ia mungkin sesat tetapi terus diberi makan oleh orang yang tidak dikenali atau mencari makanannya sendiri.”

Kredit: SWNS

Terdapat adegan emosi apabila pasangan itu akhirnya bersatu semula

Kredit: SWNS

“Mereka yang berada di klinik haiwan tersebut mengalir air mata melihat penyatuan semula yang menyentuh perasaan tersebut.”

Kredit: SWNS

“Boo segera mengenali tuannya dan dalam masa beberapa minit kedua-dua mereka bermanja dan berpelukan.”

Kredit: SWNS

Pasangan ini dapat disatukan kembali kerana maklumat yang disimpan di dalam mikrocip.

Kredit: SWNS TV/Youtube

Sumber: Bored PandaSWNS TV/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds