Biasanya dalam sesebuah persembahan tarian, para penari akan memakai pakaian yang cantik, berwarna-warni, berkilat dan sebagainya.

Namun, berbeza dengan pasukan penari Bobcat Belles dari Sekolah Tinggi The Hallsville yang ternyata mempunyai idea unik dan lain daripada lain sebagai satu strategi untuk menjayakan persembahan mereka!

Daripada menggayakan pakaian yang menyerlah dengan warna-warna terang, para penari sekolah ini telah memilih untuk menggunakan kostum lembu ketika menyertai pertandingan akhir Dallas Grand di Lewisville.

Terima kasih kepada idea kostum yang kreatif dan gerak tari yang menarik, pasukan penari ini telah berjaya menggondol kemenangan dalam setiap kategori pertandingan. Bukan itu sahaja, pasukan ini turut berjaya menggondol kejuaraan dalam pertandingan tarian itu!

Pasukan penari lembu ini berjaya memenangi Anugerah Supreme kerana berjaya memungut mata tertinggi dalam setiap kategori. Malah, mereka turut menerima Anugerah Applause kerana keaslian dan kreativiti.

Video persembahan tarian ini telah dimuat naik di Facebook beberapa hari selepas pertandingan tamat dan ia terus menjadi tular sehingga meraih lebih daripada 8 juta tontonan!

Tahniah!

Sumber: News Journal

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds