Solekan sememangnya mampu mengubah rupa paras seseorang menjadi lebih menawan dan cantik. Tetapi di China, muncul satu fenomena dalam kalangan para wanita yang menggunakan pelbagai teknik solekan terkini bagi mengubah rupa mereka menjadi seseorang yang sungguh ‘berbeza’.

Dalam salah satu video yang kian menular, seorang wanita dikenali sebagai Qi Huahua dilihat ‘membentuk’ wajahnya sendiri dengan melekatkan pita pelekat pada bahagian pipi untuk meruncingkannya. Bukan sahaja itu, dia juga telah meletakkan hidung prostetik bagi menghasilkan hidung yang lebih mancung!

Di penghujung video, anda pasti akan terkejut melihat hasil rupa wanita ini. Bukan sahaja tidak dikenali seperti wanita asal, wanita ini malah tampil jauh lebih cantik bak bidadari yang turun dari kayangan…

Penularan video ini membuatkan netizen terpana melihat bagaimana solekan boleh membuatkan ramai yang tertipu dengan transformasi wajah wanita ini. Sehingga ada netizen yang memberi komen, “Disebabkan inilah saya mengalami isu kepercayaan”.

Video ini pada awalnya dimuat naik di platform video China iaitu YouKu dan telah dipos semula di laman Facebook 9Gag di mana ia telah tersebar secara meluas sehingga meraih lebih daripada 837,000 tontonan dalam tempoh satu jam!

Pada awalnya, wanita ini dilihat menyapu pelbagai jenis krim dan losyen bagi melembapkan dan mencerahkan wajahnya. Dia kemudian memakai kanta lekap berwarna, bedak asas, pembayang mata dan juga bulu mata palsu.

Setelah siap, dia memulakan proses untuk ‘mencipta’ bentuk wajah idaman dengan meletakkan pelekat pada kedua-dua belah pipi dan hidung palsunya.

Malah, wanita ini turut menyapukan krim pemutih pada leher, bahu dan lengannya bagi mendapatkan hasil kulit yang lebih cerah.

Setelah itu, wanita ini menanggalkan semula solekannya satu persatu bagi membuktikan bahawa dia adalah individu yang sama.

“Kepada semua lelaki, saya nasihatkan anda untuk membawa teman wanita bertemu janji di kolam renang. Jika dia kata dia tidak tahu berenang, simbah air ‘secara tidak sengaja’ pada wajahnya. Jika hidung, bulu mata dan bahagian mukanya jatuh, larikan diri anda,” komen salah seorang netizen bernama Jennifer Stopar-Jovanovic.

Kredit: Facebook

Sumber: Daily Mail, Facebook

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds