Keadaan boleh menjadi sukar hanya untuk mencari tempat untuk menyejukkan diri pada musim panas. Tetapi bagi keluarga beruang hitam ini, menyejukkan badan pada kolam manusia adalah satu langkah yang bijak.

videoPlayerId=c1a86304b

Ad will display in 09 seconds

Seorang pengguna saluran YouTube, Tim Basso telah memuat naik video yang mendokumentasikan keluarga beruang hitam. Ia adalah mengenai ibu beruang dan anak-anaknya ‘menyerang’ kolam miliknya.

Tidak hairanlah jika beruang bertindak untuk menyejukkan badan dengan berendam pada kolam. Seperti yang diterangkan oleh organisasi Bear Life, sejak usia muda lagi beruang secara semula jadinya tidak takut akan air kerana mereka merupakan perenang secara semula jadi.

Mereka juga mengatakan: “Beruang hitam di Amerika Utara sangat menyukai untuk berenang. Seperti mana yang kita tahu, mereka memburu ikan dan berhadapan dengan air tidak akan menjadi masalah terhadap mereka.

Rakaman video ini sudah cukup jelas menyatakan bagaimana mereka amat tertarik kepada kawasan manusia ketika mereka mencari tempat untuk menghiburkan diri mereka.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds