Bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti air dan elektrik, pasti sudah biasa menggunakan air dari perigi atau sungai serta menggunakan unggun api atau pelita di waktu malam. Tambahan bagi mereka yang perlu mengambil air dari perigi, pasti berasa letih apabila menimba air setelah beberapa kali.

Lihat cara jurutera primitif ini menghasilkan mesin penimba air perigi melalui rakaman video yang mengagumkan di bawah.

videoPlayerId=5ee826b13

Ad will display in 09 seconds

 

Rakaman video ini akan menunjukkan cara membuat mesin penimba air dengan menggunakan sumber alam semulajadi iaitu dari buluh, kayu dan batu. Satu alat pengayuh seperti sebuah basikal telah dibina untuk menimba air dari dalam perigi seperti kincir dan terus dialir ke dalam tangki buluh.

Dari tangki buluh, sesiapa sahaja sudah boleh mengambil dari situ dan mengisi ke dalam bekas dengan lebih mudah.

 

Lelaki orang asli ini amat bijaksana, tanpa perlu rekaan atau pelan seperti seorang jurutera. Semuanya telah diatur secara semulajadi di dalam kepalanya. Lelaki muda ini juga mampu membuat lubang pada sebatang kayu untuk meletak pedal pengayuh dengan hanya menggunakan bara api dan tanah liat. Amat mengagumkan.

 

Sudah pasti pemuda ini mewarisi idea dan kebijaksaan pertukangan serta daya reka cipta melalui sumber alam semula jadi daripada nenek moyangnya yang bijaksana. Melihat caranya bekerja, kita semua sudah mengetahui dia seorang yang bijak dan banyak idea.

 

Sumber : BLES

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds