Di sebuah kolam terdapat sekumpulan angsa hitam yang cantik. Terdapat beberapa keluarga angsa hitam di kolam tersebut. Pelancong suka melawat kolam tersebut untuk menikmati keindahan permandangan di situ sambil melihat angsa-angsa hitam yang cantik berenang di sekitar kolam tersebut.

Baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik satu video gelagat anak angsa hitam yang takut air di Internet. Video tersebut menunjukkan pasangan angsa hitam yang berada di tepi kolam tersebut sedang menyuruh dan mengajar anak mereka turun berenang di kolam tersebut.

Anak pasangan angsa hitam tersebut kelihatan tidak berani untuk turun bahkan ia memanjat naik ke atas. Pasangan angsa hitam tersebut kelihatan seperti sedang menjerit menyuruh anak mereka turun. Datang seorang pengawal keselamatan membantu meletakkan anak angsa hitam tersebut di tepi tebing kolam supaya ia turun berenang.

Tetapi nampaknya anak angsa hitam tersebut masih tidak berani untuk turun berenang, ia memanjat naik semula ke atas. Semasa mahu memanjat naik, ia tergelincir jatuh ke dalam kolam.

Namun, ia naik semula ke atas tebing.

Datang pula seorang pemuda untuk membantu pasangan angsa hitam tersebut.

Tonton video di bawah untuk melihat sama ada orang ramai berjaya atau tidak membantu anak angsa hitam tersebut turun ke dalam kolam dan berenang:

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds