Banyak pekerjaan yang wujud pada hari ini tidak wujud pada 10, 20 atau 30 tahun yang lalu – seperti penganalisis media sosial, pembangun aplikasi, dan lain-lain. Jadi apa yang terjadi kepada semua pekerjaan yang wujud pada zaman dahulu?

Kehilangan majoriti pekerjaan ini boleh dikaitkan dengan kemajuan teknologi. Semakin kita menuju ke hadapan, semakin banyak kerja yang telah diubah mengikut kesesuaian peredaran masa dan zaman.

Pernahkah anda terfikir pekerjaan yang pernah wujud pada suatu ketika dahulu tetapi tiada lagi pada masa kini? Berikut merupakan 10 jenis pekerjaan yang anda sendiri mungkin tidak tahu akan kewujudannya.

#1. Tukang susun pin boling

Kredit: shorpy.com

Kredit: wikimedia.org

Pekerjaan ini sudah tidak wujud dengan adanya mesin yang boleh menyusun pin boling secara automatik. Kebanyakan budak lelaki bekerja sebagai tukang susun pin boling.

#2. Jam penggera manusia

Kredit: laboiteverte.fr

Kredit: imgur.com

Kredit: laboiteverte.fr

Mereka diupah untuk memastikan bahawa orang akan bangun tepat pada waktunya untuk bekerja. Mereka akan menggunakan kayu atau alatan lain untuk mengetuk tingkap dan pintu pelanggan.

#3. Pemotong ais

Kredit: sharenator.com

Kredit: sharenator.com

Sebelum teknik penyejukan moden menjadi meluas, pemotong ais akan memotong ais di tasik yang beku untuk digunakan oleh orang ramai di bilik bawah tanah dan peti sejuk. Ia adalah pekerjaan berbahaya yang sering dilakukan dalam suhu yang melampau.

#4. Pendengar pra-radar untuk mengesan pesawat musuh

Kredit: retronaut.com

Kredit: retronaut.com

Sebelum radar moden wujud, tentera menggunakan cermin akustik dan alat mendengar seperti ini untuk mendengar dan mengesan bunyi enjin pesawat yang menghampiri.

#5. Penangkap tikus

Kredit: Michael von Graffenried

Kredit: retronaut.com

Kredit: retronaut.com

Kerja penangkap tikus diwujudkan suatu ketika dahulu di Eropah untuk mengawal populasi tikus. Ia merupakan pekerjaan yang berisiko tinggi, pekerja terdedah terhadap kesakitan dan jangkitan, tetapi mereka membantu menghalangnya daripada tersebar kepada orang ramai. Selain orang dewasa, terdapat juga penangkap tikus daripada golongan kanak-kanak.

#6. Tukang nyalakan lampu jalan

Kredit: blogs.democratandchronicle.com

Kredit: lamplighterswooster.com

Mereka menggunakan kayu panjang untuk menyalakan, memadam dan mengisi minyak pada lampu jalan – sehingga lampu elektrik diperkenalkan.

#7. Pemandu kayu balak

Kredit: wikipedia.org

Sebelum teknologi atau infrastruktur tersedia untuk mengangkut kayu balak oleh trak, pemandu kayu balak akan ‘memandu’ kayu balak melalui sungai, dari tapak pembalakan ke kawasan pemprosesan.

#8. Pengendali telefon

Kredit: wikipedia.org

Pengendali telefon adalah penting dalam operasi rangkaian telefon sebelum teknologi moden wujud. Mereka akan menghubungkan panggilan jarak jauh dan melakukan perkara-perkara lain yang kini dilakukan secara digital.

#9. Pencuri mayat

Kredit: paul-barford.blogspot.com

Pencuri mayat telah diupah pada abad ke-19 untuk mengambil mayat dari kubur untuk digunakan oleh universiti untuk digunakan sebagai proses pembelajaran. Untuk mengambil mayat yang sah dari segi undang-undang jarang berlaku dan sukar diperolehi, jadi universiti terpaksa menggunakan cara lain untuk mendapatkan mayat untuk pelajar mereka.

#10. Penghibur pekerja kilang

Kredit: thecigarmaker.net

Sesetengah kilang di Amerika Syarikat pada masa dahulu menggajikan seseorang sebagai penghibur pekerjanya. Beliau akan berdiri di bahagian tumpuan yang strategik lalu membacakan isi kandungan daripada sumber-sumber seperti buku, surat khabar serta bahan bacaan yang lain.

Sumber: Bored Panda

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds