Pemilik gajet mewah lagi pintar iPhone dan iPad pasti akan meletakkan diri lebih tinggi sedikit setelah membaca kajian ini. Kajian terbaru mendakwa apabila seseorang itu memiliki telefon pintar jenama Apple iPhone dan menggunakan iPad, mereka dikira dalam golongan berstatus mewah atau kaya.

Kredit : Elijah Nouvelage/ Getty

Kajian yang dijalankan oleh ahli ekonomi dari Universiti Chicago dan Biro Penyelidikan Ekonomi Nasional (NBER) di Amerika Syarikat telah mendedahkan telefon iPhone adalah satu indikasi paling dipercayai dalam menentukan status kekayaan seseorang dengan menyatakan “tiada jenama individu lain yang mampu menjangka tahap pendapatan tinggi seseorang itu melainkan jenama Apple iPhone”.

Menurut kajian para penyelidik ini lagi, dengan mengetahui seseorang itu memiliki telefon pintar ini akan memberi peluang sebanyak 69% kepada orang lain untuk meneka dengan betul yang pemiliknya tergolong dalam golongan ‘berpendapatan tinggi’. Ini bermaksud, pemiliknya terdiri dari mereka yang berada di dalam kumpulan tertinggi pendapatan isi rumah.

Kredit : NBER

Para penyelidik telah menggunakan data dari ‘Mediamark Research Intelligence’ yang telah membekalkan 6,394 saiz sampel dengan mengemukakan soalan secara bersemuka kepada para peserta daripada pelbagai golongan pendapatan isi rumah di Amerika Syarikat dan informasi yang diperolehi telah digunakan sebagai data.

Selain itu, satu alat pembaca algoritma telah digunakan oleh para penyelidik untuk memerhatikan beberapa kumpulan pendapatan berbeza dan melihat bagaimana pilihan mereka berubah-ubah mengikut masa. Melalui alat ini, mereka telah dapat menentukan bahawa ‘perbezaan budaya’ tidak berkembang apabila seseorang itu memperkatakan jenama yang mereka sudah biasa gunakan.

Kredit : Expert Review

Faktor lain yang memainkan peranan penting dalam kajian ini ialah harga generasi baru iPhone dan iPad yang semakin mahal. Harga iPhone X dan iPhone 8 agak mahal tidak kira dalam apa cara seseorang itu membuat keputusan untuk membayarnya. Walaupun terdapat pelan pembayaran bagi membolehkan seseorang itu mampu memiliki iPhone, mereka akan terikat dengan tempoh pembayaran ansuran untuk satu jangka masa yang lama.

Menerusi kajian ini, jenama Apple dengan telefon pintar iPhone dan tablet iPad telah mengatasi senarai barangan mewah yang menentukan status seseorang seperti yang pernah diungguli oleh mustard Grey Poupon, kicap jenama Jepun, Kikkoman dan mentega Land O’ Lakes yang dikaitkan dengan kekayaan di Amerika Syarikat.

Kredit : MacRumors

Mungkin ada sesetengah orang yang akan ketawa kerana berpendapat tidak semestinya kekayaan seseorang itu diukur dengan milikan telefon pintar iPhone dan gajet mewah seperti iPad. Tetapi kajian telah menyatakan bahawa anda seorang yang kaya apabila memiliki iPhone dan iPad, maka bersyukurlah.

Sumber : HipHopWired, Sin Chew Daily , NBER

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds