Pengalaman pertama kali menghantar anak ke sekolah adalah satu perasaan yang begitu menerujakan. Namun begitu, sebagai ibu bapa, anda perlu mengetahu prosedur penting sebelum menghantar anak anda ke sekolah yang diinginkan.

Pertama sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftarkan anak yang berusia enam tahun untuk sesi kemasukan persekolahan Tahun Satu bagi tahun 2019 atau anak yang berusia empat dan lima tahun untuk sesi kemasukan prasekolah tahun 2019.

Jika sudah berbuat demikian, anda boleh membuat semakan terkini secara atas talian bagi mendapatkan keputusan penempatan sekolah yang ingin dimohon.

Ikuti beberapa langkah mudah di bawah bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci tentang cara untuk membuat pemeriksaan status permohonan.

#1 Layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia 

Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan juga kata laluan. Seandainya anda terlupa tentang kata laluan, anda boleh klik butang ‘Lupa Kata Laluan’ yang berwarna kuning dan masukkan kata laluan baharu.

#2 Periksa permohonan dengan teliti

Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia

Semak status pendaftaran dan pastikan nombor sijil kelahiran atau MyKid dalam surat kelulusan yang dilampirkan adalah sama ketika anda membuat urusan pengesahan. Jangan lupa untuk mencetak surat yang dilampirkan dan hantar surat berkenaan ke sekolah yang dipohon bagi proses perakuan.

Jika anda gagal memohon sekolah berkenaan atau ingin menukar pilihan sekolah, anda boleh membuat rayuan penempatan bermula pada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018. Anda juga diminta untuk melakukan pengesahan penempatan anak di sekolah yang telah diluluskan bermula 1 Ogos 2018 hingga 30 September 2018 secara atas talian.

Namun begitu, terdapat dua pengumuman penting bagi pemohon yang menetap di Putrajaya.

  1. Keputusan penempatan pelajar Tahun Satu bagi sekolah di sekitar Putrajaya ditangguhkan buat sementara waktu. Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi JPWP Putrajaya di 03-8899 0000.
  2. Bagi permohonan Tahun Satu sesi 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, anda diminta untuk menyemak semula permohonan berkenaan. Hal ini demikian kerana bermula tahun 2018, sekolah-sekolah di Putrajaya hanya membenarkan permohonan daripada penduduk yang tinggal di Putrajaya sahaja.

#3 Lihat cara semakan keputusan kemasukan Prasekolah bagi sesi 2019 seperti di bawah:

Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia

Jika anda telah mendaftarkan anak untuk kemasukan ke prasekolah, anda boleh menyemak status penempatan prasekolah sesi 2019 bermula 5 Ogos ini.

Ikuti tiga langkah ini:

  1. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan
  2. Buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan sebelum dihantar ke sekolah bagi proses perakuan
  3. Bagi keputusan penempatan prasekolah yang tidak berjaya atau ingin ditukar, rayuan penempatan prasekolah sesi 2019 boleh dimohon pada 5 Ogos hingga 20 Ogos 2018

Sumber: SAYSKementerian Pendidikan Malaysia, E-Prasekolah

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds