Dalam satu forum baru-baru ini dengan tajuk “Perlukah Menulis Semula Buku Sejarah?”, seorang ahli panel yang juga seorang aktivis dan peguam Fadiah Nadwa Fikri telah membangkitkan isu dan cadangan untuk memasukkan perjuangan pejuang berhaluan kiri termasuk pergerakan parti komunis dalam proses menuntut kemerdekaan di dalam buku teks Sejarah. Ia telah membangkitkan isu sensitif yang menjadi perdebatan hangat.

Kredit : BTDM

Bagi veteran tentera dan polis yang pernah berkhidmat sebelum negara mencapai kemerdekaan dan mengalami sendiri zaman darurat, ia bukan satu idea yang mudah untuk menulis semula sejarah dan berpendapat perkara tersebut perlu ditolak.

Bernama melaporkan rata-rata para veteran angkatan tentera berkata mana-mana bentuk dan cubaan untuk mengiktiraf pergerakan dan penglibatan parti komunis dalam memperkatakan mereka juga turut memperjuangkan kemerdekaan negara adalah satu penghinaan kepada para perajurit yang telah berjuang dan gugur demi mendapatkan kemerdekaan negara.

Kredit : The Sun

Semasa sambutan Hari Pahlawan 2018 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Julai, Brigadier Jeneral (B) Datuk Jamil Rais Abdullah memberitahu kepada pemberita bahawa negara telah kehilangan ramai perajurit ketika menentang komunis. Ramai yang telah terkorban dan tercedera, terutama semasa zaman darurat dari tahun 1948 sehingga 1960.

Datuk Jamil Rais berkata, “Kami masih merasakan kehilangan itu. Ramai rakan kami yang telah terkorban kerana memperjuangkan keamanan negara. Saya tidak boleh menerima untuk memberi pengiktirafan kepada pihak komunis termasuk pergerakan mereka di dalam buku teks Sejarah negara. Ia tidak sesuai dan akan mengguris perasaan pejuang dan pahlawan negara.”

Katanya lagi, “Kami mempertaruhkan nyawa di barisan hadapan dan berjuang bermati-matian kerana ia satu semangat perjuangan yang ikhlas dan jujur demi melindungi dan mempertahankan kedaulatan negara.”

Kredit : BTDM

Datuk Jamil Rais adalah salah seorang anggota tentera yang telah terbabit dalam Operasi Iblis pada tahun 1971 di hutan Ulu Kinta, Perak.

Menurut FMT, dalam operasi ini, ia telah dilancarkan oleh Brigade Infantri Kedua Malaysia selepas mereka mendapati pergerakan dan pemberontakan aktif komunis di Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam di Perak pada 31 Mei, 1971. Misi operasi bertujuan memerangi pengaruh Unit Serangan Kelima pengganas komunis di Bukit Berapit, Air Kala, Hutan Simpan Kinta dan Slim River di Perak.

Salah seorang veteran angkatan tentera yang terlibat dalam Ops Iblis tahun 1971, Kapten (B) Azmi Abdul Hamid berkata dengan memberi pengiktirafan kepada pengganas komunis, ia akan hanya membangkitkan kekeliruan di kalangan orang ramai, terutama generasi muda yang tidak tidak pernah merasai sendiri kesusahan zaman darurat.

Katanya Kapten Azmi, “Saya tidak bersetuju mengiktiraf pergerakan komunis. Ia melampaui batas.”

Kredit : FMT

Manakala veteran Leftenan Kolonel (B) Harbans Singh pula mempertahankan pendirian dengan berkata ramai anggota tentera yang telah diseksa dengan kejam dan dibunuh oleh pengganas komunis. Beliau telah mengimbas kembali insiden Gubir pada tahun 1976 di mana para perajurit yang telah ditangkap pengganas komunis telah diseksa dan dicacatkan anggota badan secara kejam oleh mereka.

Katanya, “Mereka telah menyeksa dengan kejam sebelum membunuh anggota tentera kami dan ada pengganas komunis yang telah memotong kemaluan salah seorang anggota perajurit. Bagaimana ada pihak yang mahu kami mengiktiraf perjuangan komunis? Mana-mana cadangan untuk memasukkan fakta tentang perjuangan komunis di dalan buku teks sejarah perlu ditolak dan ditentang oleh semua pihak.”

Dalam buku teks Sejarah Malaysia, fakta sejarah tentang perjuangan Parti Komunis Malaya sebenarnya ada disebut tetapi tidak diperincikan kerana perjuangan mereka yang pada mulanya untuk menuntut kemerdekaan telah tersasar apabila mereka telah beralih untuk menukar negara berdaulat Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu kepada negara komunis.

Kredit : BTDM

Apabila ideologi komunisme ini tidak diterima oleh Raja-Raja Melayu, para pemimpin berhaluan kanan dan majoriti rakyat Persekutuan Tanah Melayu, maka mereka telah melancarkan perang gerila dengan memulakan pergerakan di dalam hutan sehingga pergerakan itu telah ditamatkan menerusi perjanjian damai pada tahun 1989.

Mana-mana parti komunis di dunia tidak pernah melancarkan pergerakan secara aman. Pasti akan ada korban dan pertumpahan darah dengan meragut ribuan hingga jutaan nyawa tidak bersalah. Apabila parti komunis berkuasa, mereka akan melancarkan propaganda ideologi dan akan cuba menutup sejarah atas kekejaman yang telah dilakukan oleh mereka.

Kredit : BTDM

Parti Komunis China misalnya telah menganiayai, menyeksa serta membunuh jutaan rakyatnya yang menentang ideologi itu. Contohnya pembunuhan beramai-ramai Dataran Tiananmen pada tahun 1989 serta penganiayaan dan pembunuhan dengan pengambilan organ secara paksa terhadap pengamal Falun Gong yang telah berlarutan selama 19 tahun sehingga hari ini di China.

Apabila kita menyebut untuk melupakan sejarah perjuangan parti komunis dalam menuntut kemerdekaan di Malaysia, ada yang berasa wajar untuk memperkatakan ia perlu dilihat secara begitu. Perjuangan demi menuntut kemerdekaan hanya sedikit berbanding kekejaman dan kemusnahan yang telah dilakukan oleh pihak berhaluan kiri ini. Bayangkan sekiranya Parti Komunis Malaya berkuasa di Malaysia, berapa banyak siri kekejaman yang akan mereka lakukan seperti yang berlaku di China.

Sumber : BERNAMA, FMT , Sinar Harian, World of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds