Amerika Syarikat – Bapa kepada bayi berusia 3 bulan patah hati setelah bayi lelakinya menjadi korban kerana dibiar dan ditinggalkan di dalam kereta hampir sepanjang hari oleh bekas teman wanitanya.

Aiden Miller menjadi mangsa ke-29 berikutan kes kanak-kanak dibiarkan di dalam kenderaan di Amerika Syarikat untuk tahun ini. Mangsa dilaporkan masih berada di kerusi bayi di dalam kenderaan tersebut yang dijumpai di New Albany, Selatan Indiana pada pukul 4:30 petang Isnin lalu. Bapa bayi itu, Aaron Turner memberitahu bahawa dia tidak faham bagaimana perkara sebegitu terjadi dan hatinya hancur. Dengan berkongsi kisahnya, dia berharap tiada lagi nyawa bayi yang akan terkorban.

Bekas teman wanitanya menjelaskan bahawa dia perlu menurunkan anak mereka yang berusia dua tahun di Akademi Penjagaan Kanak-Kanak pada pagi Isnin. Manakala bayinya perlu dihantar ke pusat penjagaan yang berlainan. Sungguhpun jarak akademi dan pusat jagaan Aiden hanya 2 batu sahaja, dia kemudian memandu terus ke tempat kerjanya, Express Care.

Ibu bayi tersebut terlupa akan bayi lelakinya di kerusi dan mangsa ditinggalkan selama beberapa jam di dalam kereta yang diletak pada lot yang disediakan. Apabila wanita itu pergi ke kereta setelah selesai sahaja waktu kerja, dia mendapati bahawa bayi berusia 3 bulan itu tidak responsif dan suhu pada ketika itu mencapai 78F (25.6C). Aiden dikejarkan ke pusat perubatan dan diberikan rawatan kecemasan namun Aiden disahkan telah meninggal dunia.

Aaron menjelaskan bahawa bayinya itu merupakan seorang anak yang baik – tidak mudah meragam dan menangis dan akan tersenyum sejurus mendengar suaranya. Aaron juga menegaskan bahawa anak kita merupakan tanggungjawab dan keutamaan buat para ibu bapa. Dia kemudian meminta orang ramai mendoakan keluarganya. Penyiasatan masih lagi dilakukan oleh pihak Polis New Albany berkenaan dengan kematian bayi itu dan hasilnya masih belum boleh diumumkan.

KidsAndCars.org pula mendedahkan bahawa pada tahun ini sahaja, seramai 28 orang kanak-kanak mengalami kematian berikutan strok haba di Amerika Syarikat. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kes dan jumlah kematian sehingga bulan Julai berbanding tahun-tahun sebelumnya. Difahamkan bahawa purata 37 orang kanak-kanak mati di dalam kereta di Amerika Syarikat setiap tahun.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar lebih waspada semasa perubahan dalam rutin harian. Ini kerana, pada waktu itulah kebanyakan tragedi terjadi tidak diingini berlaku. Menurut senarai Organisasi Keselamatan Kereta Kanak-Kanak, kematian pada tahun ini menunjukkan bahawa Aiden Miller adalah yang ke-29 selepas ditinggalkan di dalam kenderaan, walaupun penyebab kematiannya belum didedahkan.

Sumber: Dailymail, Mirror

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds