Hidup ini penuh keajaiban dan dipenuhi kejadian luar biasa serta tidak disangka-sangka. Ini berlaku kepada seorang bayi apabila ia telah terselamat dan dilindungi dari maut walaupun telah tercampak keluar dari rahim ibunya di dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri dan dahsyat.

Ibu bayi ajaib ini merupakan seorang penumpang tidak dikenali yang menaiki sebuah lori membawa muatan papan kayu apabila ia telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri berdekatan Cajati di tenggara Brazil.

Kredit : Arteris

Dalam kemalangan tersebut, pemandu lori dikatakan telah hilang kawalan sehingga menyebabkan lori terbalik dan mangsa telah tercampak keluar sebelum dihempap oleh muatan papan kayu yang telah mengoyakkan perutnya. Wanita sarat mengandung ini telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Pasukan kecemasan dan paramedik telah menjumpai mayat wanita ini dibawah timbunan papan kayu yang bergelimpangan di atas jalan raya.

Namun tidak lama selepas itu, mereka telah dikejutkan dengan satu bunyi tangisan bayi yang ditemui sedang terbaring di atas rumput yang berada beberapa meter dari lokasi kemalangan.

Akibat kesan hentakan yang kuat, tali pusat bayi ini telah terputus dari rahim ibunya, namun ia dilaporkan sihat dan tidak mengalami apa-apa luka serta kesan kecederaan.

Bayi perempuan ini kemudian telah dibawa ke sebuah hospital di daerah Pariquera-Acu untuk menjalani rawatan lanjut.

Kredit : Arteris

Pihak polis sedang berusaha mengenal pasti identiti ibu bayi tersebut yang didapati sedang hamil 39 minggu dan dokumen pengenalan dirinya telah gagal ditemui di tempat kejadian.

Jurucakap paramedik, Elton Fernando Barbosa berkata, “Ia adalah kemalangan ngeri dengan seorang dilaporkan maut. Apabila saya tiba di sana, saya telah melihat pemandu lori papan tersebut berada dalam keadaan cedera parah.”

Tambah Elton Fernando, “Saya mencari mangsa lain di bawah timbunan papan sebelum terdengar bunyi tangisan bayi. Saya berasa amat terkejut kerana tiada laporan mengatakan terdapat mangsa ketiga.”

Elton Fernando menjumpai bayi ajaib tersebut beberapa meter dari mayat ibunya dan beliau dengan segera telah menghubungi ambulans untuk membawa bayi ini ke hospital.

Kata Elton Fernando, “Bayi ini telah terkeluar dari rahim ibunya akibat kemalangan tersebut. Kesan kemalangan amat dahsyat sehingga telah menyebabkan bayi ini boleh terkeluar sendiri dari rahim ibunya.”

Kredit : Arteris

“Bayi ini amat sempurna dan sihat tanpa satu kesan calar. Ia adalah satu keajaiban apabila didapati seorang bayi di dalam rahim ibunya boleh terselamat,” ujar Elton Fernando.

Katanya lagi, “Semuanya kerana kuasa Tuhan. Melihat kesan kemalangan itu, saya sendiri tidak tahu bagaimana seorang bayi boleh terkeluar dari rahim ibunya dengan selamat semasa kemalangan sedang berlaku, sedangkan ibunya telah tercedera dengan sebegitu teruk.”

‘Bayi ajaib’ seberat 3 kilogram ini kini berada di dalam jagaan pihak hospital Pariquera-Acu. Kakitangan di situ telah memberinya nama Giovanna yang bermaksud ‘dilindungi Tuhan’.

Seorang jururawat, Solange Batista berkata, “Giovanna seorang bayi yang tenang dan jarang menangis. Jika kamu melihat dan bermain dengannya, dia akan tersenyum.”

Bayi ini akan dihantar ke rumah anak yatim untuk diambil oleh keluarga angkat, sekiranya mayat ibunya masih tidak dituntut oleh mana-mana saudara terdekat.

Sumber : metro.co.uk / Siakap Keli / Dailymail

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds