Pada 20 Julai, 1999, bekas pemimpin Parti Komunis China, Jiang Zemin telah menyalahguna kuasa dengan memerintah dan mengarahkan penganiayaan kejam ke atas pengamal dan pelatih Falun Gong, malahan telah mengambil organ pengamal Falun Gong secara paksa. Organ badan pengamal Falun Gong telah diambil dengan cara yang kejam dan ia dijual demi mendapatkan keuntungan.

Pada 20 Julai, 2018, para pelatih Falun Gong telah berkumpul di hadapan Kedutaan China mengadakan perhimpunan di tepi jalan raya yang sesak dengan kenderaan sebagai cara membantah dan berkabung bagi memperingati para pengamal Falun Gong yang telah dianiayai, diseksa dan dibunuh oleh Parti Komunis China. (Chew Lee Tat/Epoch Times)

Hari ini selepas 19 tahun berlalu, para pelatih Falun Gong di Malaysia masih meneruskan perhimpunan di hadapan Kedutaan China di Kuala Lumpur sebagai membantah penganiayaan yang telah dilakukan dan  menyeru supaya tindakan kejam ini dihentikan.

Pada 20 Julai, 2018, kira-kira jam 7 malam, para pelatih Falun Gong dari Malaysia telah berkumpul secara aman di hadapan Kedutaan China dengan membawa sepanduk dan berkabung mengenang hari ulang tahun para pengamal dan pelatih Falun Gong yang telah dianiaya, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Parti Komunis China.

Mereka juga membantah penindasan dan penganiayaan kejam yang telah berlarutan selama 19 tahun. Para pelatih Falun Gong mengambil peluang ini dengan secara berterusan memberi kesedaran dan pemahaman kepada warga Malaysia akan kebenaran kekejaman yang telah dilakukan oleh Parti Komunis China ke atas pelatih Falun Gong di China.

 

Pada 20 Julai, 2018, para pelatih Falun Gong telah berkumpul di hadapan Kedutaan China mengadakan perhimpunan di tepi jalan raya yang sesak dengan kenderaan sebagai cara membantah dan berkabung bagi memperingati para pengamal Falun Gong yang telah dianiayai, diseksa dan dibunuh oleh Parti Komunis China. (Chew Lee Tat/Epoch Times)

Dalam perhimpunan ini, wakil pelatih Falun Gong, Chai Poh Yee telah membacakan satu kenyataan yang berbunyi:

Pada 20 Julai 1999, Diktator Jiang Zemin telah melancarkan satu perintah dan arahan penghapusan dan penyeksaan yang tidak menurut perlembagaan dan melanggar undang-undang hak asasi manusia ke atas jutaan pengamal dan pelatih Falun Gong di Tanah Besar China. Pada masa yang sama ia telah memfitnah, menindas dan menghasut warga China supaya membenci Falun Gong. 

Ramai pelatih Falun Gong dengan jumlah mereka yang tidak terkira ramainya telah ditahan , diseksa dan dibunuh. Sejak 20 Julai, 1999 dalam laporan yang dinyatakan oleh Minghui.org dengan data dan aduan yang dikumpul, sebanyak 4,236 pengamal Falun Gong telah diseksa dan dianiayai sehingga mati. Ratusan ribu pengamal telah diseksa, dipindah tempat tinggal, dibuang kerja dan sekolah. Apa yang paling menyedihkan, organ mereka telah diambil secara paksa semasa mereka masih hidup dan kemudian mayat mereka telah dibakar sebagai cara penghapusan bukti. 

Namun bilangan yang dilaporkan hanya sebilangan kecil kes yang diketahui. Jumlah sebenar penganiayaan, penyeksaan dan kematian adalah jauh lebih tinggi daripada kes yang dilaporkan.

 

Pelatih Falun Gong keluar dan memberi penerangan mengenai kebenaran dan menyeru supaya penganiayaan dihentikan

Max Chua yang telah menjadi pelatih Falun Dafa selama 21 tahun, turut menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan China di Kuala Lumpur pada hari 20 Julai sebagai memperingati hari pengamal Falun Gong yang telah diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Parti Komunis China. Beliau menyeru supaya warga Malaysia memberikan perhatian terhadap penyeksaan serta kekejaman yang dilakukan ke atas pengamal Falun Gong di China.

Max Chua yang bekerja sebagai pengurus dana, mengenali Falun Dafa melalui internet pada tahun 1997. Beliau merasakan amalan Falun Dafa amat baik dan atas sebab itu, beliau mula berlatih. Falun Dafa telah membantunya meningkatkan tahap kesihatan dan minda dan ia telah membantunya mengatasi cabaran di dalam pekerjaan.

Pada hari perhimpunan, Chai Poh Yee telah ditemuramah dan menyatakan bahawa sebagai seorang pelatih Falun Gong, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memberitahu kebenaran yang pangamal Falun Gong telah dianiayai di China. Kini 19 tahun sudah berlalu dan ia satu jangka masa yang lama. Beliau berharap penganiayaan ini akan dihentikan dengan segera.

Chai Poh Yee bekerja sebagai pereka hiasan dalaman. Enam tahun yang lalu, apabila beliau sedang melanjutkan pelajaran di universiti, beliau sempat mengenali Falun Gong melalui rakannya.

Melalui buku Zhuan Falun, Chai Poh Yee mengenali erti kehidupan dan keindahan Falun Gong. Beliau memperkenalkan kaedah ini kepada ahli keluarganya, dan ibunya yang sedang sakit pada mulanya, sudah mulai pulih dari penyakit yang dialaminya.

Aktiviti anti-penganiayaan yang dijalankan di seluruh Malaysia

Selain Kuala Lumpur, para pelatih Falun Gong juga mengadakan aktiviti di beberapa tempat lain untuk memberi kesedaran akan kekejaman yang telah dilakukan oleh Parti Komunis China yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Undang-undang penguatkuasaan yang telah disalahguna, didalangi oleh pembunuh Jiang Zemin yang kejam, dan mereka menyeru supaya penganiayaan oleh Parti Komunis China perlu dihentikan.

Perarakan anti-penganiayaan di Selangor

Pada malam 14 Julai 2018, para pelatih Falun Gong telah mengadakan satu perarakan anti-penganiayaan di Setia Alam, Klang, Selangor untuk memberi kesedaran kepada orang awam akan kebenaran dan meminta mereka supaya menyokong para pelatih untuk menghentikan kekejaman yang telah berlarutan selama 19 tahun.

Seorang warga Malaysia berbangsa Melayu, Mohd Alif yang berusia 30 tahun, berkata selepas mengetahui Parti Komunis China mengambil organ secara paksa ke atas para pengamal Falun Gong, baharulah beliau menyedari pemindahan organ yang dilakukan di China dengan apa yang diketahuinya sebelum ini sebenarnya adalah haram dan menyalahi undang-undang.

Juruteknik ini mengutuk perbuatan kejam Parti Komunis China yang menjadikan aktiviti penuaian dan pemindahan organ manusia yang diambil secara paksa itu adalah salah dan melanggar undang-undang hak asasi manusia. Isterinya, Malisa berasa kecewa mendengar kebenaran ini dan perbuatan kejam rejim Parti Komunis China menjalankan kegiatan menuai organ manusia adalah satu perbuatan yang sukar dipercayai.

Seorang warga Indonesia yang berasal dari Surabaya, Abdul Rahman bertemu rakannya dalam perarakan Anti-Penganiayaan 720. Abdul Rahman menyatakan rasa simpati di atas kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Parti Komunis China ke atas pengamal Falun Gong yang sudah berlarutan selama 19 tahun, dan menyeru supaya tindakan kejam ini dihentikan.

Johor Bahru mengadakan upacara memperingati Hari 720 (720 Candle Vigil)

Pada malam 15 Julai 2018, para pelatih Falun Gong di Johor Bahru telah berkumpul di sebuah taman di Adda Height bagi menjalankan upacara memperingati Hari 720.

Seawal jam 5 petang, para pelatih telah menjalankan latihan dalam keadaan aman dan damai. Menjelang malam, upacara menyalakan lilin bermula. Para pelatih memegang lilin dan memulakan upacara berkabung bagi memperingati para pengamal Falun Gong yang telah dianiayai, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh Parti Komunis China di China.

 

Ramai orang yang terdiri dari pelbagai kaum yang berada di taman berkenaan telah mendengar penjelasan dan hakikat kebenaran daripada para pelatih. Ada di antara mereka yang berasa terkejut mengenai penganiayaan yang kejam ini apabila mendengarnya buat pertama kali. Ramai yang memahami dan berasa simpati. Ada pula yang mendapat tahu aktiviti penuaian organ manusia secara haram adalah tidak boleh diterima akal dan merupakan satu tindakan yang sangat kejam. Mereka akan melihat di internet bagi mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut. Ramai juga yang telah menandatangani petisyen sebagai bantahan terhadap penindasan dan penganiayaan ke atas pengamal Falun Gong.

Hadapkan Jiang Zemin ke muka pengadilan dan hentikan penganiayaan terhadap Falun Gong dengan segera

Semenjak 1 Mei, 2015, mahkamah tertinggi di China telah menguatkuasakan satu undang-undang dengan menetapkan klausa ini, “Sekira terdapat kes yang dilaporkan, maka kes akan dibuka. Sekira ada rayuan aduan, maka ia akan disemak.” Di sini, sudah terdapat 200,000 aduan dan laporan yang telah difailkan terhadap Jiang Zemin untuk membawanya ke muka pengadilan menerusi Mahkamah Agung di China.

Pada bulan Julai 2015, seluruh masyarakat dunia yang mengamalkan Falun Gong di luar negara telah melancarkan kempen, “Perpaduan Negara Bersama Rakyat China bagi membawa Jiang Zemin ke muka pengadilan ke atas Penganiayaan Falun Gong”, untuk menyeru masyarakat dunia menyokong pelatih Falun Gong bagi mencapai keadilan.

Seramai 2.88 juta orang di 33 buah negara menyatakan bantahan  dan menuntut Jiang Zemin dibawa ke muka pengadilan di Mahkamah Agung China kerana telah melakukan jenayah kemanusiaan terbesar serta melanggar undang-undang hak asasi manusia dengan memerintahkan kekejaman dan pembunuhan dilakukan ke atas rakyat China pada skala terbesar di abad ke-21.

Lihat video di bawah.

Sumber : Epoch Times

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds