Kucing merupakan haiwan peliharaan yang tidak asing lagi dalam kehidupan manusia dan merupakan haiwan peliharaan paling popular di dunia. Gelagat dan keletah haiwan berbulu gebu yang comel ini sering mencuit hati manusia.

videoPlayerId=b9bafebb5

Ad will display in 09 seconds

Terdapat pelbagai fakta menarik mengenai kucing seperti jantung kucing berdegup dua kali lebih pantas daripada jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit, kucing sebenarnya boleh mengetahui jika kita sedang menjerit ke arah mereka, kucing boleh melihat sehingga jarak 120 kaki jauhnya, kucing tidak takut pada ketinggian atau tiada perasaan gayat dan bermacam lagi.

Video ini membuktikan fakta tentang kucing tidak takut pada ketinggian atau tiada perasaan gayat adalah benar. Video menunjukkan seekor kucing yang tenang dan santai duduk di atas lampu yang berada di luar bangunan tinggi. Mungkin mahu ambil angin luar.

Melihat pada ketinggian bangunan itu sendiri sudah membuat kita gayat namun kucing ini kelihatan sangat tenang. Tidak pasti pada ketinggian berapa tingkat kucing itu berada, kereta yang lalu-lalang di bawah bangunan tersebut kelihatan lebih kecil daripadanya, tentu sangat tinggi! Lampu tersebut pula muat-muat saiznya, bagaimana ia boleh sampai ke situ?

Tonton video untuk melihat keberanian seekor kucing yang tidak takut gayat.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds