Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China.

Kredit: Facebook Education Malaysia, Beijing-EMB

Sebanyak 16 universiti terkemuka di daerah Beijing dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang berlangsung dari 15 April sehingga 15 Jun lalu.

Education Malaysia Beijing (EMB) dalam satu kenyataan berkata mereka yang mewakili daerah Hebei berjaya ke peringkat akhir selepas mengharungi lima pusingan dalam tempoh tiga bulan setelah mempamerkan aksi debat yang cemerlang.

“Pasukan debat BFSU dinobatkan sebagai johan sekali gus berjaya mencipta sejarah baru dalam rekod penyertaan kali ini,” kata Education Malaysia Beijing (EMB).

Tajuk yang diperdebatkan termasuklah “Media sosial lebih mendekatkan masyarakat atau sebaliknya” dan “Penularan di media sosial: Barah atau penawar?”

Kredit: Facebook Education Malaysia, Beijing-EMB

Selain itu, EMB turut memberi pujian pada Nur Afifah dan Arina Safwah kerana bukan sahaja mampu menguasai bahasa asing malah turut berjaya mengalahkan peserta-peserta yang memang berbangsa Cina.

“Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.

“Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini,” jelasnya.

Kredit: Facebook Education Malaysia, Beijing-EMB

Tahniah Nur Afifah dan Arina Safwah!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds