Hari ini, banyak tempat yang memilih untuk menerima bayaran tanpa tunai dan dengan kemunculan dompet digital, aplikasi dan kad debit atau kredit, ia lebih mudah untuk dilakukan. Tambahan pula, ia lebih selamat daripada menggunakan wang tunai dan merupakan cara yang lebih mudah kerana anda mungkin tidak mempunyai wang tunai yang cukup dengan anda untuk melakukan pembayaran.

Sekarang, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula untuk mengikut arus perdana. Mereka telah mengumumkan bahawa mulai 1 Julai, mereka tidak akan lagi menerima bayaran tunai di kaunter mereka dan hanya bayaran tanpa tunai akan diterima.

Ia akan dilaksanakan pada 1 Julai, jadi beri perhatian jika anda selalu berurusan kaunter PTPTN. Transaksi yang akan berlaku tanpa tunai termasuk pembayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Sekiranya anda ingin membuat apa-apa bayaran balik pinjaman atau deposit, sebenarnya terdapat begitu banyak kaedah lain yang membolehkan anda untuk berbuat demikian. Dalam era internet ini, hampir semuanya boleh dilakukan secara dalam talian! Beberapa cara ini termasuk menggunakan JomPAY, perbankan dalam talian, atau bahkan potongan debit daripada akaun atau gaji anda.

Selain itu, jika anda memohon potongan debit, anda boleh mendapatkan diskaun 10% tambahan untuk pinjaman PTPTN anda! Namun, jika anda mahu membuat bayaran secara fizikal di kaunter PTPTN, anda boleh membayar menggunakan kad kredit atau kad debit anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web PTPTN di sini atau hubungi talian hotline mereka di 03-2193 3000.

Ingat, jangan membawa wang tunai kepada kaunter PTPTN bermula bulan Julai!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds