Pada 21 Mei 1992, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat semasa pentadbiran Presiden Richard Nixon, Henry Kissinger telah memberikan ucapan dalam satu mesyuarat dan pertemuan rahsia Pertubuhan Bilderberg di Evian, Perancis. Berdasarkan transkrip daripada rakaman yang dibuat oleh salah seorang delegasi dari Switzeland, Henry Kissinger telah berkata,

“Hari ini rakyat Amerika akan menjadi marah sekiranya pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu memasuki Los Angeles untuk memulihkan keamanan, tetapi kemudian pada keesokan harinya mereka akan menjadi sangat bersyukur. Kenyataan ini menjadi benar terutama apabila mereka diberitahu terdapat ‘ancaman luar’ yang datang dari luar, sama ada ia benar atau diisytiharkan, yang mana telah mengancam kewujudan kita semua. Kemudian, bermula dari situ, penduduk di seluruh dunia akan merayu kepada pemimpin dunia untuk membebaskan mereka daripada ancaman kejahatan ini. Apa yang ditakuti oleh semua ini sebenarnya tidak diketahui. Apabila mereka didedahkan dengan senario ini, hak individu dengan secara sukarela akan dilepaskan bagi menjamin kebajikan dan keamanan yang akan diberikan kepada mereka kelak oleh kerajaan dunia.”

Menubuhkan ancaman luaran

Taktik menakutkan penduduk dunia telah menjadi perkara biasa dan selalu digunakan oleh kerajaan di seluruh dunia. Sehingga ia menjadi begitu kerap sebagai salah satu langkah ‘memotivasi’ masyarakat, dan pengalih perhatian daripada sesuatu isu yang lebih cenderung untuk diabaikan oleh mereka. Apabila terdapat satu lagi isu lain yang lebih besar, ia akan menggalakkan tahap emosi yang lebih besar dan mencetus perkara lain. Ini antara sebab mengapa mereka cuba mencipta satu musuh biasa yang boleh memberi ancaman, contohnya ancaman luaran seperti musuh keganasan yang ditakuti oleh semua, dan oleh itu rakyat perlu mendapatkan perlindungan, apabila kerajaan mereka sendiri tidak mampu memberikan perlindungan. Kuasa dunia akan tampil dan mula memberikan tawaran untuk membantu dan berikrar dengan bersedia untuk melawan musuh keganasan ini atas nama memulihkan keamanan.

Pada tahun 1990, Presiden Amerika Syarikat, George H.W Bush telah mempromosi ‘Orde Baru Dunia’ dengan menekankan satu kerajaan dan satu agama, berasaskan satu keunggulan kuasa ketenteraan yang tidak boleh dipertikaikan, dan mendominasi ekonomi Barat dengan tanpa saingan. Di bawah empayar kuasa baru dunia ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengekalkan kawalan. Dan Presiden Bush juga telah mendedahkan sebab penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan visinya untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

Ini bermakna kebebasan dan penentuan nasib negara berdaulat akan berakhir, yang mana akan ditukar kepada kerajaan dunia. Blok serantau akan melutut kepada kuasa mutlak kerajaan dunia. Maka, timbul teori konspirasi bahawa ini adalah satu realiti yang ideal untuk memperdaya kesemua hak kemanusiaan. Ia akan kekal satu pembersihan secara dalaman yang akan dilakukan dengan mengurangkan populasi dunia untuk mencapai ‘tahap mampan dalam kehendak masa dan harmoni bersama kehendak alam’. Angkanya telah ditentukan kepada 500 juta orang, satu angka yang membolehkan manusia itu dikawal dan cukup mudah untuk diperhambakan. Tetapi, dunia kini dipenuhi populasi  sebanyak 7.5 bilion umat manusia, dan jumlah ini terlalu ramai untuk dihapuskan. Dan dalam rangka kerja ini, perang dunia adalah salah satu cara terpantas untk mencapai objektif yang dimaksudkan, dengan meliputi beberapa wilayah yang padat dengan populasi penduduk dunia.

Kini, Korea Utara adalah salah satu senario sempurna dengan beberapa keadaan yang sesuai untuk mencipta ketakutan dan menggerunkan dunia dengan kuasa nuklear.

Tetapi bagaimana Pyongyang mampu membangunkan teknologi senjata nuklearnya? Korea Utara negara yang mundur dan tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi atau pengetahuan yang tinggi dan negara ini secara berterusan menerima sekatan antarabangsa yang melampau selama puluhan tahun lamanya. Jadi, siapa gerangan mereka yang membantu membangunkan teknologi nuklear negara ini?

Semenjak Presiden Donald Trump berkuasa, pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) berada di bawah pemerhatian kerana mereka telah mendapat kuasa yang berlebihan dalam pentadbiran dua Presiden Bush, Presiden Clinton dan Presiden Obama sebelum ini. Menurut penyiasatan terkini yang dijalankan oleh pentadbiran Presiden Trump, senjata nuklear yang terdapat di Korea Utara telah dibangunkan dengan bantuan syarikat yang berkaitan dengan CIA, ketika zaman pentadbiran Presiden Amerika Syarikat terdahulu. Agensi ini menikmati kebebasan yang luas serta diberi kuasa untuk melaburkan wang negara melalui perjanjian yang dibuat dengan Iran untuk membeli bahan pembuatan nuklear, uranium dan membekalkan teknologi kepada Korea Utara.

Syarikat swasta seperti Space X telah digunakan untuk mengalihkan teknologi yang dihasilkan NASA seperti penghasilan roket, teknologi nuklear, juga pengecilan saiz teknologi nuklear dan komputer, dan CIA mempunyai akses sepenuhnya kepada sistem panduan senjata. Kesemua rancangan ini telah dilakukan semasa pentadbiran Presiden Bill Clinton dan Presiden Barack Obama.

Pada tahun 2009, Presiden Bill Clinton telah melakukan lawatan kerja ke Korea Utara dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Kim Jong-il, bapa Presiden Kim Jong-un. Mereka telah mengadakan satu mesyuarat dan perbicangan secara tertutup dan tiada siapa yang mengetahui akan butiran yang telah dibincangkan. Tetapi, tidak lama selepas mesyuarat tertutup itu diadakan, didapati terdapat kemajuan yang ketara dalam program peluru berpandu dari rejim Korea Utara.

Presiden Bill Clinton dan Kim Jong-il (duduk, di tengah) semasa lawatan pemimpin Demokrat ini ke Korea Utara pada tahun 2009.

Nampaknya kuasa ini memilih Korea Utara dan anak muda yang sedang menjadi pemerintah Korea Utara terkini sebagai satu bahan senario pencetus keganasan yang akan membangkitkan rasa ketakutan di seluruh dunia. Pada tahap ini, sebarang rundingan dan hubungan dua hala di antara dua negara jelas berkurangan, meninggalkan Pyongyang dengan tujuan yang disengajakan, menjadi lebih terpinggir dan terpencil.

Presiden Kim Jong-il meninggal dunia pada bulan Disember 2011 tanpa dinyatakan secara jelas punca kematiannya, dan anak lelaki bongsunya, Kim Jong-un, telah mewarisi takhta bapanya. Anak muda ini mendapat pendidikan di Switzerland dan cenderung kepada citarasa kebaratan, seperti muzik. Zaman mudanya yang lebih terbuka dan pengalamannya yang kurang dalam pentadbiran negara telah menyebabkan Kim Jong-un lebih mudah dimanipulasi.

Dalam merencanakan rancangan di atas berjalan dengan lancar, abang kandung dan bapa saudara Kim Jong-un telah dibunuh, yang dikatakan mendapat arahan daripada pemerintahan diktator muda ini, dan tidak dapat dipastikan sama ada ianya benar atau tidak. Kemudian dalam berita yang dilaporkan oleh media utama di Amerika, dunia telah dibentangkan dengan imej buruk Kim Jong-un sebagai seorang pemimpin yang memencilkan negaranya dan tertutup. Kim Jong-un juga dilabel sebagai pemerintah kuku besi yang mengawal rakyat dengan membiarkan kebuluran dan perhambaan berleluasa. Apa yang paling digembar-gemburkan dan ditakuti ialah bagaimana diktator ini menggilai untuk berlumba-lumba membangunkan kuasa nuklear dalam negara untuk ditunjukkan kepada dunia.

Apakah tujuan utama CIA menjadikan Korea Utara sebagai kuasa yang ditakuti?

Pada permulaan tahun 2013, Korea Utara telah mengundang Ketua Pegawai Eksekutif Google, Erich Schmidt ke negara itu.

Sebab mengapa Erich Schmidt berkunjung ke Korea Utara tidak lama selepas Kim Jong-un mengambil alih pemerintahan bapanya, telah menjadi buah fikiran dan tanda tanya orang ramai. Pihak media Amerika Syarikat juga mendapati pertemuan itu sebagai satu perkara yang pelik. Mengapa Erich Schmidt melawat Korea Utara secara peribadi? Sekiranya ia bagi tujuan perniagaan, adakah amat perlu bagi ketua pegawai eksekutif syarikat carian internet terbesar ini melawat negara yang miskin dan mundur bagi mendapatkan projek pelaburan untuk meluaskan pasaran perniagaannya?

Tarikh lawatan Erich Schmidt itu adalah secara kebetulan dengan pemilihan semula Presiden Barack Obama iaitu pada 2 November 2012. Adakah kunjungan Erich Schmidt ke Korea Utara mempunyai kaitan dengan rancangan yang telah dinyatakan oleh seorang pemberi maklumat dengan namanya yang telah dirahsiakan dan dikenali sebagai ‘Q’? Menurut ‘Q’, rancangan untuk memusnahkan Amerika Syarikat telah lama dirangka, dalam tempoh 16 tahun mandat pemerintahan yang diberikan kepada Presiden Barack Obama dan dengan jangkaan Hilary Clinton mengambil alih pentadbiran. Pada tampuk pentadbiran kedua Presiden Obama, rancangan mencetuskan Perang Dunia Ketiga telah mula dirangka sebagai membuka jalan kepada Orde Baru Dunia.

Erich Schmidt (tengah, dengan skaf merah) semasa lawatan ke Korea Utara.

Jadi, siapa lagi yang boleh membawa pengetahuan digital kepada Korea Utara kalau bukan Google? Dengan membina jalan belakang membina kod bagi Google, Amazon Home, Facebook, Apple dan lain-lain akses satelit, CIA sudah pun mempunyai akses kepada sistem panduan nuklear dan peluru berpandu Pyongyang, yang boleh dikawal di mana sahaja mereka berada dan kehendaki.

Dengan Erich Schmidt sebagai ketuanya, jurutera Google telah memasang segala alatan yang diperlukan, dengan tujuan mengawal sistem komunikasi di dalam Korea Utara. Ini bermakna setiap langkah dan pergerakan Kim Jong-un akan berada dalam kawalan dan pemerhatian , yang telah dikawal oleh CIA. Presiden Kim Jong-un tidak lagi bebas untuk berkata apa-apa atau berkomunikasi dengan seseorang tidak dikenali.

Ini adalah kuasa yang telah diberikan secara melampau kepada CIA , yang juga digelar sebagai kuasa ‘elit’. Dengan mengawal negara berkuasa senjata nuklear, mereka boleh mengawal selia Korea Utara dengan bertindak menjadi ‘bayang-bayang’ negara ini. CIA boleh mengkehendaki dan melakukan apa sahaja kepada dunia dengan menggunakan senjata nuklear yang terdapat di Korea Utara sebagai pemastian rancangan penyerahan orde baru ini berjalan lancar.

Melalui cara ini, dengan ‘senjata peribadi’ berlandaskan senjata nuklear yang berada di negara Asia, seluruh dunia sebenarnya telah dijadikan tebusan. Perkara paling paradoks ialah jumlah wang yang banyak telah digunakan dalam rancangan ini, melibatkan cukai yang telah dibayar oleh rakyat Amerika Syarikat.

Korea Utara juga telah dijadikan alat dalam menjalankan beberapa eksperimen yang tidak mampu dijalankan di negara lain, yang mana ia lebih terpinggir dan terdapat syak wasangka akan pergerakan yang melibatkan penyeludupan organ dan pembiakan manusia.

Oleh itu, dipercayai ini adalah antara sebab sebenar mengapa Erich Schmidt menjadi ketua pegawai eksekutif pertama Google yang telah meletakkan jawatan secara tiba-tiba, tanpa alasan yang kukuh, sebaik sahaja Presiden Donald Trump menandatangani arahan eksekutif untuk merampas harta mereka yang bersekongkol dengan pencabulan hak asasi manusia seperti penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan kanak-kanak.

Kredit : Twitter/realdonaldtrump

Arahan eksekutif ini telah ditandatangani pada 20 Disember 2017. Apa yang menarik, pada keesokan harinya telah terdapat desas-desus mengenai perletakan jawatan Erich Schmidt sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Google, Alphabet.

Media alternatif yang biasanya tidak mempercayai sumber media perdana, tetapi menyelidiki dengan lebih lanjut sumber mereka telah mengaitkan perletakan jawatan Erich Schmidt bukan hanya kerana berkaitan dengan komunikasi bersama Korea Utara,  tetapi juga dengan jenayah yang lain seperti menjalankan perniagaan berkaitan pencabulan hak asasi manusia, yang telah dilakukan bersama rejim komunis ini apabila mendapat kawalan sepenuhnya terhadap negara yang terpinggir dan miskin tersebut.

Penghapusan senjata nuklear Korea Utara

Apabila Presiden Donald Trump mengambil alih pentadbiran, beliau telah mengumumkan untuk menangani isu berkaitan ISIS, MS-13, Korea Utara dan Iran. Untuk ISIS dan MS-13, Presiden Trump telah mengotakan janjinya.

Berkaitan Korea Utara, buat pertama kali Presiden Trump telah bertukar-tukar perkelahian secara lisan yang telah dilepaskan. Semua orang menahan nafas apabila Presiden Trump memanggil Kim Jong-un sebagai ‘Lelaki Roket’, ‘pendek’ dan ‘gemuk’, yang mana kemudian dibalas oleh Kim Jong-un secara antagonis apabila mengatakan Trump presiden Amerika yang ‘tua dan gila’. Pada masa ini dunia sudah mula menggeruni Korea Utara yang akan melepaskan peluru berpandu nuklear dan media perdana mula mengkritik Presiden Trump dengan memberi amaran supaya ‘jangan bermain dengan api’, kerana sikapnya yang tidak berhati-hati. Namun begitu, pemimpin Amerika yang lain seakan tahu apa yang sedang dilakukan oleh Presiden Trump dan semua perkara sebenarnya berada dalam kawalan, sambil membuat kenyataan mengisytiharkan untuk menyelesaikan konflik ini bersama Korea Utara.

Situasi kemudian bertukar secara dramatik apabila Presiden Kim Jong-un melakukan lawatan ke Beijing, China pada bulan Mac tahun ini. Presiden Trump sebenarnya telah mendapatkan bantuan daripada Presiden China, Xi Jinping. Rupa-rupanya pertemuan dan lawatan ini juga telah membuka ruang kepada Presiden Kim jong-un untuk mendengar suara-suara lain, mendengar penjelasan dan membebaskan dirinya dan rakyat serta negaranya daripada dimanipulasi oleh CIA. Hasil daripada pertemuan itu telah mengakibatkan, “Pyongyang telah komited untuk menghapuskan senjata nuklear” dan Presiden Kim Jong-un sanggup mengadakan pertemuan dengan Presiden Trump paling awal pada bulan Mei.

Pada 28 Mac 2018, Presiden Trump telah menulis di halaman Twitter, ” Saya menerima mesej daripada Xi Jinping di China dan menyatakan pertemuannya bersama Kim Jong-un berjalan dengan lancar dan Kim Jong-un menyatakan harapan untuk mengadakan pertemuan bersama saya. Malangnya , sekatan dan tekanan masih perlu diteruskan atas semua kos.”

“Beberapa tahun yang lalu selama beberapa pentadbiran, ramai yang berkata keamanan dan penghapusan senjata nuklear di Semenanjung Korea adalah amat mustahil dilakukan. Kini peluang yang baik telah muncul di mana Presiden Kim Jong-un akan membuat apa yang perlu untuk rakyatnya demi keamanan dan perpaduan. Saya akan menantikan pertemuan kami.”

Pada 21 April 2018, Korea Utara telah menggantung semua ujian nuklear dan peluru berpandunya. Presiden Kim Jong-un juga telah mengumumkan akan penutupan tapak ujian nuklear, sebelum berbincang dengan Korea Selatan. Pada 26 April 2018, pertemuan bersejarah di antara Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un telah mengambil tempat di Zon Bebas Tentera yang membahagikan dua Korea.

Detik bersejarah : Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Korea Selatan, Moon Jae-in sedang bersalaman di Zon Bebas Tentera yang membahagikan dua Korea pada 26 April 2018. 

Ramai yang tidak mempercayai Perang Dunia Ketiga semakin hampir tercetus

Isyarat penggera ke atas peluru berpandu yang ditujukan ke arah Hawaii pada 13 Januari 2018 didakwa dilancarkan oleh Korea Utara, bertepatan dengan ketegangan yang sedang berlaku di antara Washington dan Pyongyang. Pada masa ini Presiden Kim Jong-un sedang rancak menjalankan ujian nuklear dan peluru berpandu balistik, dengan membuat dakwaan dan amaran bahawa peluru berpandunya mampu sampai ke Amerika Syarikat.

Penggera yang berbunyi tersebut kemudian diumumkan sebagai kesilapan manusia. Tetapi sumber menyatakan sebaliknya, peluru berpandu tersebut sememangnya diniat untuk dilancarkan ke arah Hawaii tetapi telah ditembak jatuh. Sekiranya tidak dipintas, Amerika Syarikat mungkin bertindak secara ketenteraan seperti yang berlaku di Pearl Harbor, dan kemungkinan akan mencetuskan perang nuklear. Terdapat juga versi yang beredar di internet apabila mendakwa peluru berpandu yang dilancarkan itu sebenarnya adalah perkara benar dan ia telah dipintas, tetapi ia telah dilancarkan dari sebuah kapal selam yang dirampas dari Argentina. ARA San Juan telah dilaporkan hilang pada 15 November 2017 di Selatan Atlantik. Isyarat terakhir yang diterima dari kapal selam ini ialah berdekatan Istana Rothchild dan Pulau Rothchild. Bercakap ia seperti satu komplot…

Tempat di mana kapal selam Argentina “ARA San Juan” hilang adalah berdekatan Pulau Rothchild dan Istana Rothchild.

Foto kapal selam Argentina yang hilang, dengan tulisan, “Kami akan menggunakan topeng dan senjata serangan dan mengendalikan pelayaran segera… seronok!” (QAnon Analysis).

Foto ini ditemui dalam fail perisikan Amerika dengan komen “Topeng?” dan “Senjata Serangan?”

Dengan menginginkan Korea Utara sebagai dalang, itulah harapan para globalis, tetapi disebalik berita yang disiarkan media aliran utama dengan terus memainkan atau memburukkan permusuhan dengan Korea Utara, fakta itu terus dikatakan sebagai benar. Kim Jong-un masih memainkan peranannya.

Kini Korea Utara sedang dalam proses perdamaian dan tanpa dikawal oleh CIA, agensi yang pada masa ini sedang tenggelam dengan gelombang pemecatan dan penyiasatan yang sedang diarahkan oleh pentadbiran Presiden Trump , sekurang-kurangnya rancangan untuk menggunakan rejim Kim Jong-un sebagai pencetus senario Perang dunia Ketiga telah gagal. Tetapi para globalis pasti memikirkan rancangan lain untuk mencapai matlamat mereka, merancang serta menetapkan perang baru kepada dunia untuk menuntut kerajaan dunia.

Jadi, apa yang berlaku selepas ini? Senario apa pula yang akan berlaku seterusnya? Iran muncul beberapa kali dalam isu yang perlu diselesaikan oleh Presiden Trump. Negara Parsi itu juga digerakkan untuk memainkan peranannya. Perjanjian dengan Iran yang diusahakan oleh Presiden Obama bermakna sekatan ekonomi akan dihapuskan dengan berjuta-juta dolar telah diberikan kepada Tehran sebagai pertukaran untuk menyekat program nuklearnya. Menurut para pengkritik, wang yang disalurkan ke dalam tabung rejim ini untuk membiayai rasuah dan keganasan. Oleh kerana Iran tidak mempunyai sistem perbankan, media melaporkan wang secara tunai telah dihantar melalui pesawat. Terdapat banyak persoalan mengenai cara bagaimana ia dihantar dan berapa kali perjalanan yang telah dibuat, sekiranya kesemua pesawat yang berkenaan tiba di destinasi dengan selamat. Jumlah yang Presiden Obama berikan kepada Iran dengan cara ini amat membimbangkan.

Laporan dan bukti rasuah yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang terdahulu sentiasa didedahkan, terutamanya apabila berurusan dengan Iran. Menjadi satu keraguan sejauh mana Iran telah disekat dengan program nuklearnya, kerana terdapat bukti di mana Iran masih lagi membangunkan fungsi peluru berpandu balistik untuk membawa peledak nuklear.

Dalam konteks ini, maka tidak hairan apabila Presiden Trump mengumumkan akan penarikan Amerika Syarikat daripada perjanjian nuklear dengan Iran pada 8 Mei 2018, dan mengembalikan sekatan ekonomi tahap tertinggi kepada Tehran. Dengan melihat sebarang kemungkinan, Macron dan Merkel telah menjalankan usaha untuk terbang sendiri ke Washington pada minggu terakhir bulan April untuk meyakinkan Presiden Trump supaya menghormati perjanjian yang telah dibuat dalam pentadbiran terdahulu. Mengapa negara-negara ini, termasuk Britain begitu berminat akan kepentingan mengekalkan perjanjian dengan Iran dan mengekalkan kuasa Iran? Apakah keuntungan dan faedah yang telah diperolehi hasil daripada perjanjian ini?

Sekiranya rancangan dengan Korea Utara gagal, Iran menjadi pilihan kedua untuk melancarkan senjata nuklear yang akan mencetuskan permulaan Perang Dunia Ketiga.

Keresahan Macron dan Merkel apabila bertemu secara persendirian ke Amerika Syarikat untuk meyakinkan Presiden Trump untuk tidak menarik diri dari Perjanjian Iran telah meninggalkan tanda tanya tentang sebab mengapa yang telah membuat mereka lebih bermotivasi untuk mengekalkan perjanjian itu. Namun begitu, latar belakang senario ini tidak pernah didedahkan kepada umum, kerana media aliran utama tidak pernah membuat laporan mengenainya.

Terdapat banyak komplot dan tipu helah tetapi maklumatnya tidak pernah sampai ke pengetahuan awam, namun apa yang pasti, Presiden Trump tidak akan membenarkan Iran memulakan Perang Dunia Ketiga. Anda perlu melihat bagaimana Trump memainkan kadnya.

Kad yang lebih besar, ancaman ‘luaran’ yang sebenar

Dan sekiranya Presiden Trump campur tangan dengan rancangan menggunakan Iran sebagai ancaman luaran, adakah ia menjadi kad terakhir atau kad utama? Apa yang kekal dalam pertempuran ini ialah ‘serangan makhluk asing’. Seluruh dunia akan menuntut perlindungan kerana ia akan menyerang seluruh dunia dan apa yang boleh menyelesaikan serangan ini ialah dengan gabungan tentera pelbagai negara di dunia, seperti tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beberapa tahun kebelakangan ini , terdapat laporan yang mendedahkan kewujudan makhluk asing, yang telah pun muncul sejak berdekad yang lalu dan ia sentiasa menjadi rahsia kerajaan. Tetapi banyak laporan dan petunjuk yang merakamkan pergerakan piring terbang, cahaya di langit yang kebanyakannya adalah palsu, kerana pada zaman ini tidak mustahil ia boleh dibuat-buat kerana telah ada teknik untuk mencipta imej seperti ini. Tiada keraguan juga, ramai yang mempercayai kewujudan makhluk asing di bumi dan mereka juga hidup bersama manusia. Tetapi sekiranya mereka tidak pernah membuat apa-apa sebelum ini, mengapa pula mereka mahu menyerang manusia di bumi pada waktu ini?

Teori konspirasi menyatakan apabila terdapat kemalangan yang didakwa membabitkan piring terbang pada bulan Julai 1947 di Roswell, New Mexico, ramai yang menyaksikan dan berkata terdapat makhluk asing ditemui di dalam kapal angkasa itu, tetapi semuanya telah dirahsiakan. Jelas, kerajaan Amerika Syarikat pada waktu itu tidak bersedia untuk mendedahkan kepada umum dengan berita yang mengejutkan bahawa sebenarnya kita bukanlah spesies makhluk pintar yang berseorangan di bumi dan alam semesta didiami makhluk lain juga.

Tetapi, selepas berdekad mendiamkan diri, secara tiba-tiba, berita, foto dan juga video telah dibongkarkan dan muncul sejak akhir-akhir ini dengan menunjukkan terdapat pelbagai makhluk asing yang berada di langit, diikuti dengan bunyi yang aneh dan sebagainya. Adakah ini merupakan langkah pertama membuat orang ramai supaya mula membiasakan diri dengan kewujudan makhluk asing dengan menyogok idea yang mereka ini lebih berkuasa melalui kewujudan kapal angkasa di langit dan akan menjadi musuh?

Presiden Barack Obama juga pernah membuat rujukan tentang kewujudan makhluk asing walaupun polisi kerajaan Amerika Syarikat tetap menjadikan isu ini sebagai perkara yang sulit dan rahsia. Pada tahun 2015, dalam rancangan Jimmy Kimmel yang merupakan penyokong kuat Parti Demokratik, Presiden Obama telah ditanya mengenai makhluk asing yang mana kemudian beliau berkata makhluk asing tidak membenarkan sesiapa menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana ia boleh mendedahkan segala rahsia , jadi mereka akan mengawal ketat kuasa Presiden. Walaupun Presiden Obama menjawab dengan nada yang melucukan, bagi sesetengah orang , ia telah dijelaskan dengan niat untuk mendedahkan kewujudan makhluk asing dan membangkitkan satu senario permusuhan.

Dalam satu lagi rancangan televisyen, Ellen DeGeneres Show, Presiden Obama yang baru sahaja menyelesaikan pentadbiran selama 8 tahun di Rumah Putih pada bulan Januari 2017 telah ditemuramah secara olok-olok oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun bernama Macey. Macey yang mungkin telah sengaja diajar untuk bertanyakan hal ini, tentang kewujudan makhluk asing sekali lagi. Presiden Obama menjawab, “Itu rahsia! Sebenarnya kita tidak berhubung secara terus dengan makhluk asing lagi. Tetapi jika ia berlaku, saya akan beritahu kamu.”

Hilary Clinton telah berjanji semasa kempen pemilihan Presiden pada tahun 2016 untuk mendedahkan segala informasi mengenai makhluk asing sekiranya beliau dilantik sebagai Presiden. Pendedahan dan “pencerobohan makhluk asing” yang berikutnya sepatutnya berlaku juga akhirnya, selepas Hilary Clinton memenangi pilihan raya Presiden dan selepas beliau memerlukan “ancaman luar” bagi memenuhi agenda kerajaan dunia. Akan tetapi, Hilary Clinton telah kalah dalam pilihan raya Presiden, jadi ia masih kekal menjadi agenda yang tersembunyi bagi menunjukkan kuasa Orde Baru Dunia meletakkan isu “pencerobohan makhluk asing” sebagai ancaman kepada dunia.


Pertarungan ini bukan sahaja melibatkan Amerika Syarikat, tetapi juga melibatkan seluruh dunia

Presiden Vladimir Putin dari Rusia dan Presiden Xi Jinping dari China nampaknya menjadi rakan kongsi bersama Presiden Trump. Bukan sebagai sahabat, tetapi berkongsi kepentingan yang sama, mereka memerlukan satu sama lain. Setiap negara ini sedang menghadapi apa yang dikenali “deep state” atau pentadbiran yang dimanipulasi oleh pegawai kerajaan secara rahsia, dan masalah ini tidak dapat diatasi sepenuhnya. “Deep state” masih dikaitkan dengan idea Orde Baru Dunia , yang memanipulasi perniagaan dan ekonomi antarabangsa, kewangan, bank-bank dan terlibat dengan jenayah penyeludupan senjata api, dadah, pemerdagangan manusia dan kanak-kanak. Mereka juga terlibat dalam pencabulan dan jenayah seksual, bersama beberapa lagi tindakan yang tidak jelas. Kesemua fakta yang merentasi sempadan dan saling berkaitan.

Ketiga pemimpin kepada tiga negara kuasa besar di dunia ini sebenarnya menentang campur tangan globalis dan mahu menghapuskan kuasa jahat ini. Sekiranya Hilary Clinton menang pada pilihan raya presiden yang lalu, Presiden Putin mungkin tidak akan berdiam diri dan melihat sahaja agenda globalis merancang dan mengawal dunia. Sebelum pilihanraya presiden di Amerika Syarikat, seorang rakan sekutu Presiden Putin, Vladimir Zhirnovsky memberitahu Reuters bahawa hanya Presiden Trump yang mampu meredakan ketegangan di antara Moscow dan Washington.

Menurut Vladimir, “Rakyat Amerika yang memilih Presiden pada 8 November patut menyedari yang mereka memilih dan mengundi keamanan sejagat planet bumi sekiranya mereka memilih Donald Trump. Tetapi sekiranya mereka memilih Hilary Clinton, itu bermakna mereka memilih peperangan. Ia akan menjadi filem pendek. Akan terjadi Hiroshima dan Nagasaki di mana-mana.”

Walaupun Presiden Xi Jinping memiliki kuasa mutlak dalam rejim totalitarian, beliau masih tidak dapat membersihkan anasir “deep state” di China, yang masih dikuasai oleh bekas Presiden Jiang Zemin. Perlu diketahui yang Presiden Jiang Zemin mempunyai rekod yang amat buruk dalam pencabulan hak asasi manusia, yang telah mengarahkan pendakwaan dan penganiayaan terhadap para pengamal Falun Dafa, termasuk pengambilan organ secara paksa daripada tahanan yang masih hidup dan sedar. Pengambilan organ secara paksa terhadap orang dewasa dan kanak-kanak, untuk dipindahkan kepada golongan elit yang memerlukan. Perniagaan menjual organ pengamal Falun Dafa adalah benar kerana dengan gaya hidup mereka yang sihat, para pengamal ini memiliki organ yang baik, tidak seperti orang dewasa biasa. Kehilangan kanak-kanak dalam peperangan dan bencana alam juga adalah salah satu sumber organ manusia yang baik. Beberapa siri kekejaman akan diperlihatkan apabila rejim komunis ini mengadakan hubungan dengan golongan elit dunia dan mereka yang mampu membayar akan menghentikan amalan-amalan yang menakutkan ini.

Presiden Putin pula telah beberapa dekad mentadbir Rusia, tetapi tidak berupaya membersihkan anggota “deep state” di negara bekas komunis ini. Anggota ini masih mempunyai kuasa mempengaruhi dan mengawal beberapa lapangan pentadbiran di Rusia. Kini, pemimpin Rusia dan China mahu bekerjasama dengan Presiden Trump, dengan harapan sekiranya Amerika Syarikat bertindak dahulu, ia menjadi satu kesempatan dalam usaha mereka membersihkan negara dari “deep state”.

Sekiranya ketiga-tiga pemimpin ini berganding bahu, apa yang Presiden Trump usahakan untuk menghancurkan anasir “deep state”, ia juga akan membantu China dan Rusia. Selain perhubungan antarabangsa, sumber kewangan dan perniagaan yang biasa akan memberi kesan, kuasa ‘deep state’ ini juga akan semakin berkurangan.

Vladimir Putin (Rusia), Donald Trump (Amerika Syarikat) dan Xi Jinping (China)

Anda pasti telah melihat Donald Trump, Vladimir Putin dan Xi Jinping sentiasa bersetuju dalam beberapa perkara yang spesifik, terutama sekali dalam memerangi dan mengakhiri globalisasi. Sememangnya, rakyat sentiasa menentang polisi mereka dengan menyatakan pendapat yang lantang dan keras bersama perkataan penuh kritikal, tetapi adakah semua pendapat dan tentangan mereka itu benar? Atau mereka itu adalah sebahagian daripada rancangan?

Presiden Trump sering dikecam pembangkang dan media arus perdana dengan mengkritik Presiden Trump kerana tidak bertindak seperti “orang politik yang betul”. Tetapi beliau pasti seorang pakar dalam menggunakan apa yang dipanggil “asap dan skrin” , apabila beliau melemparkan perkataan berulang kali, untuk menimbulkan kekeliruan kepada lawannya dan apa yang dikatakan adalah jauh berbeza daripada apa yang akan dilakukan.

Semua rangka kerja ini seolah-olah seperti sebuah novel pengintip yang menarik. Walau bagaimanapun, ia adalah detik penting kemanusiaan kerana ia telah dipertaruhkan, bukan sahaja mahu menurunkan jumlah populasi kepada 500 juta orang, tetapi juga kepada kemungkinan menamatkan keharmonian manusia sejagat.

Donald Trump, Vladimir Putin dan Xi Jinping mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mengakhiri campur tangan globalis dan kesemua kengerian yang telah mereka cipta dan lakukan selama bertahun-tahun, dan dalam lain perkataan, mereka ingin menyelamatkan manusia dan menyedarkan mereka semua. Trump dan Putin tidak pernah lupa menyebut nama Tuhan untuk memohon bantuan, pastinya tidak mahu Perang Dunia Ketiga tercetus.

Oleh itu, suatu hari, di masa akan datang, manusia akan melihat ke belakang dan melihat sejarah masa ini untuk direnungkan, yang kemanusiaan itu hampir menemui kehancuran. Kita adalah kisahnya dan sejarah demi kehidupan manusia sejagat di masa hadapan.

Oleh L.W.Fu

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds