Muzik adalah sesuatu yang universal dan dapat dapat diterima umum tanpa kira siapa, di mana atau genre muzik. Hampir semua orang suka akan muzik cuma yang berbeza ialah genre kegemaran mereka. Ada suka muzik yang rancak, ada suka muzik yang klasik dan ramai juga yang meminati genre indie yang dilihat lebih moden dan kontemporari.

videoPlayerId=5ac4bdf9c

Ad will display in 10 seconds

Tidak kira apa juga genre muzik yang diminati semua itu sememangnya sesuatu yang subjektif dan apa yang lebih penting muzik juga boleh menyatukan kita kepada penduduk dunia yang lain.

Buktinya lihat sendiri dalam video ini bagaimana dua orang yang tidak mengenali antara satu sama lain boleh duduk bersama dan memainkan piano bersama. Lelaki tersebut yang merupakan pekerja di sebuah pasar raya yang menjual instrumen muzik dikatakan sedang memainkan piano sebelum muncul seorang pelanggan wanita. Wanita tersebut kemudian duduk di sebelahnya dan mula memainkan piano bersama lelaki tersebut.

Mereka yang ada di situ turut terhibur dengan alunan muzik tersebut, gabungan yang memang mengagumkan!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds