Menunggu penerbangan yang tertunda adalah sesuatu yang membosankan bagi sesetengah orang. Mereka bukan hanya terpaksa menunggu lama malah terpaksa ‘bertapa’ di lapangan terbang berjam-jam sebelum dibenarkan berlepas. Banyak kerja yang akan tergendala atau mungkin temu janji yang terpaksa dibatalkan hanya kerana penerbangan ditundakan.

videoPlayerId=8f3a22734

Ad will display in 09 seconds

Proses pemeriksaan sebelum masuk ke pesawat juga adakalanya merumitkan dan memakan masa yang lama lebih-lebih lagi jika ramai penumpang ketika itu. Jadi, alangkah baiknya jika ada sesuatu yang boleh menghiburkan anda ketika waktu-waktu penuh tekanan seperti itu.

Penumpang sebuah pesawat di sebuah lapangan terbang yang menuju ke Jamaica dalam video ini walau bagaimanapun telah ‘dihidangkan’ dengan sebuah persembahan nyanyian yang tidak disangka-sangka oleh salah seorang penumpang di situ.

Lelaki bernama Mike Vadala itu dirakam sedang menyanyikan sebuah lagu hit 1996 bertajuk “No Diggity” oleh Blackstreet yang telah menghiburkan semua yang ada di situ. Pada mulanya ramai yang runsing akan apa yang dilakukan lelaki itu tetapi tidak lama selepas itu mereka mula terhibur dengan nyanyian tersebut.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds