Seorang pelakon telah mendakwa bahawa China ‘menuai’ organ di China daripada banduan yang dipenjarakan atas pandangan politik atau agama mereka.

Kredit: Daily Mail

Pelakon berdarah Kanada-China, Anastasia Lin, menggesa parlimen berkenaan kes pemerdagangan organ manusia dengan menegaskan bahawa ‘negara demokratik Barat mempunyai keupayaan dan kewajiban untuk campur tangan’ bagi menghentikan penyalahgunaan pemindahan organ yang berlaku.

“Penyalahgunaan pemindahan organ di China adalah kegiatan jenayah yang bersifat sistematik,” katanya.

Kredit: Daily Mail

Lin pernah memenangi gelaran Miss World Canada pada tahun 2015. Menerusi nama yang telah dicipta olehnya, dia berusaha untuk membangkitkan kesedaran tentang kes yang membimbangkan ini.

Kredit: Daily Mail

“Tidak seperti mana-mana tempat di dunia, penyalahgunaan berlaku di dalam institusi yang bertujuan untuk memupuk keyakinan dan kepercayaan iaitu hospital.”

Menurut laporan ABC News, penolong setiausaha Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Graham Fletcher berkata beliau yakin bahawa China ‘serius’ untuk memastikan sistem derma organ tidak lagi bergantung kepada tahanan yang dibunuh.

“Idea bahawa terdapatnya rangkaian aktiviti yang disembunyikan secara sengaja, diasingkan dan orang yang pada dasarnya dibunuh untuk diambil organ mereka – kita tidak percaya bahawa hal ini boleh berlaku,”

Selain itu, Lin juga tegas dalam mengkritik penggunaan tubuh asli manusia yang telah meninggal dalam sebuah pameran di Sydney yang digelar Real Bodies: The Exhibition.

Kredit: Daily Mail

“Warganegara China ini dipamerkan, mereka mungkin tidak pernah bersetuju dengan tubuh mereka yang diletakkan di sana,” katanya. “Di Australia, anda tidak akan membenarkan mana-mana warganegara Australia memaparkan tubuhnya jika mereka tidak bersetuju dengannya.”

Berikutan dengan kritikan yang tegas ini, Ketua Pegawai Eksekutif pameran berkenaan, Tom Zaller telah meminta Lin membuktikan kenyataannya itu.

Kredit: Daily Mail

“Rakyat Australia tidak seharusnya ditapis. Mereka sepatutnya menentukan nilai pendidikan pada pameran Real Bodies: The Exhibition tersebut,” ulasnya.

Berikutan hal yang dibangkitkan ini, pembicaraan awam berkenaan kes Pemerdagangan Organ Manusia dan Pelancongan Pemindahan Organ bakal diadakan di Parlimen pada hari Isnin, 18 Jun ini.

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular

Ad will display in 10 seconds