Tanpa kita semua sedari, bulan Ramadan yang mulia kini hampir berlalu pergi. Ramai orang berpendapat bahawa bulan Ramadan pada tahun ini terasa begitu pantas sekali, tahu-tahu sahaja kita semua berada di ambang Hari Raya Aidilfitri. Malam ini pula, kita sudah tidak lagi menunaikan solat tarawih. Begitu sekali pantasnya masa berlaku. Semoga kita semua diberikan peluang untuk melalui bulan Ramadan pada tahun hadapan pula hendaknya.

Pada 12 Jun yang lalu, YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth. Berikutan dengan majlis ini, beliau ada memuat naik kiriman di Facebooknya yang meluahkan rasa gembira dan teruja apabila beliau diberi peluang untuk makan bersama orang ramai, dengan makanan yang dihidangkan di dalam talam.

Kredit: Lim Guan Eng/Facebook

Bagi kita orang Islam, cara makan di dalam talam ini bukanlah suatu perkara yang asing. Kebanyakan daripada kita malahan masih lagi mengamalkan cara ini ketika makan bersama keluarga. Semua jenis lauk dan nasi terus dihidangkan di dalam sebuah talam, dan bilangan pemakannya lebih kurang empat ke lima orang untuk satu hidangan talam. Pengalaman makan di dalam talam sebegini pastinya sesuatu yang sangat menarik buat sesiapapun, termasuklah YB Menteri Kewangan kita yang baharu ini.

Kredit: Lim Guan Eng/Facebook

Kredit: Lim Guan Eng/Facebook

Kredit: Lim Guan Eng/Facebook

Kredit: Lim Guan Eng/Facebook

Rata-rata netizen yang melihat momen ini berasa terharu dan memuji sikap Lim Guan Eng yang sentiasa merendah diri. Mereka meluahkan pandangan mereka buat menteri ini di bahagian komentar kiriman tersebut.

Kredit: Lim Guan Eng/Facebook

Menerusi berita yang lain, pada hari yang sama, YB Menteri Kewangan turut sama mengumumkan bantuan Aidilfitri sebanyak RM400 kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal dan siak di seluruh Malaysia.

“Atas arahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya hari ini telah meluluskan pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada guru KAFA, imam, bilal dan tok siak. Kita bagi RM400 sama seperti yang diterima penjawat awam di peringkat Persekutuan.” Memetik kata Lim Guan Eng yang disiarkan di portal berita Kosmo.

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds