Rata-rata masyarakat di bahagian Asia Selatan khususnya di negara kita, sangat menggemari raja buah-buahan iaitu durian. Mungkin ada yang berasa tidak senang dengan baunya yang kuat, namun majoriti daripada kita tidak dapat menolak untuk tidak memakannya. Rasanya yang lazat dan berlemak memberikan kelainan berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Tetapi, jika anda diberikan buah durian mini sebegini, mahukah anda mencubanya? Ia mungkin hanya sebesar saiz tapak tangan orang dewasa.

Kredit: Year of the durian

Ia berasal daripada spesies buah durian yang biasa kita lihat–durian sukang (isi merah) dan durian dalit (isi jingga).

Kredit: Malaysia Food Travel

Ia juga hanya terdapat di Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja, manakala saiznya dikatakan hampir menyerupai saiz bola sepak takraw.

Kredit: freelittlebrain

Kredit: Under the angsana tree

Inilah faktor keunikannya, di mana warnanya yang lain daripada durian biasa serta saiznya yang lebih kecil.

Buah durian yang biasa kita makan mempunyai isi yang tebal dan berlemak namun bagi dua jenis durian mini ini, isinya dikatakan lebih nipis dan agak tawar. Tetapi, ada segelintir yang merasakan bahawa isinya mempunyai rasa manis dan sedikit masam. “Ia tidak mempunyai bau yang kuat seperti durian biasa seperti durian D24 ataupun Musang King”, jelas Rebecca yang berasal dari Sabah.

“Durian yang sama makan mempunyai rasa yang agak kuat. Dua kali ganda lebih kuat daripada durian biasa”, jelas Darian yang berusia 28 tahun. Musim buah durian mini ini adalah sepanjang bulan Oktober hingga Disember dan ia boleh didapati dengan harga serendah RM2-3 sahaja untuk sebiji.

Kredit: freelittlebrain

Ekoran saiznya yang kecil, ia lazimnya dijual sekelompok, dengan harga antara RM15 hingga RM35 setiap kilogram bergantung kepada lokasi. Menurut SabahEats, durian mini ini boleh didapati di pasar petani di Sabah, iaitu Tamu, Kota Kinabalu Central Market, dan Gaya Street Sunday Market.

Kredit: Malaysia Food Travel

Comel bukan? Mungkin anda teringin mahu mencubanya. Jika anda mahu tahu cara membukanya dengan lebih lanjut, saksikan video di bawah :

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds