Dengan kemenangan bersejarah Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14, pasangan ini kembali menjadi perhatian Malaysia ialah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah.

Kredit: Mahathir Mohamad/Instagram

Sejak pilihan raya, ramai rakyat Malaysia telah mempamerkan patriotisme mereka, termasuk pengumpul Lego yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Vincent Kiew, yang membuat figura pasangan yang popular ini sepenuhnya daripada Lego.

Baru-baru ini, beliau telah berkongsi sekeping gambar figura Lego versi Tun M dan Siti Hasmah di Facebooknya, Bricks Art by VQ yang mendapat reaksi mengujakan dalam kalangan pengguna media sosial dan telah menjadi tular.

“Ada banyak kisah yang menyentuh hati namun cerita Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah memberikan inspirasi untuk sentiasa mencintai pasangan kita,” tulis Kiew.

Kredit: Vincent Kiew

Figura Lego Tun Dr. Mahathir tampil dengan sut kelabu ikonik yang sering dipakai oleh pemimpin negara itu manakala, Tun Dr. Siti Hasmah berdiri di sebelah beliau dengan berbaju kurung merah jambu dan membawa beg tangan berwarna putih.

Kiew juga membuat lengkungan lengan di belakang tubuhnya kerana Tun M sering melakukannya ketika berdiri.

Kredit: Vincent Kiew

Sejak perkongsiannya itu, beberapa orang netizen bertanya sama ada mereka boleh membeli figura pasangan tersebut.

Kredit: Bricks Art by VQ

Selain figura Lego versi Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah, Kiew sebelum ini pernah mencipta Lego versi Malaysia Heritage House dan bas mini merah jambu yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Kredit: Bricks Art by VQ

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds