Sehingga saat ini, manusia telah menghasilkan sekitar 300 juta tan plastik setiap tahun! Daripada jumlah tersebut, hanya separuh sahaja daripadanya digunakan pada sekali penggunaan misalnya beg plastik dan juga plastik untuk membalut.

10% daripadanya akan dikitar semula manakala selebihnya akan dibuang begitu sahaja sama ada ke dalam tong sampah mahupun ke sungai.

Dalam satu penyelidikan terkini, dilaporkan terdapat 10 batang sungai iaitu dua di Afrika dan lapan lagi di Asia berperanan dalam memindahkan 90% plastik daripada pelbagai jenis terus ke laut. Skala pencemaran ini benar-benar membimbangkan memandangkan ramai daripada kita yang tidak sedar betapa buruknya keadaan ini.

Lihat gambar-gambar yang telah kami kumpulkan ini. Gambar ini akan membuatkan kita semua lebih sedar akan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan plastik.

#1 Terlalu banyak bahan plastik yang manusia hasilkan sejak 10 tahun lalu.

Kredit foto: movefortheearth

#2 Anak penyu ini tersekat di dalam bahan plastik sejak kecil sehingga menjejaskan bentuk cengkerangnya.

Kredit: DontPanicImIslamic / imgur

#3 Kasihan penyu ini…

Kredit foto: shark_siren

#4 Burung botak ini tersangkut di dalam plastik. Pasti ia amat mengganggu ketenteramannya.

Kredit foto: ottilienunwrapped

#5 Kasihan.. Burung ini membuat sarangnya daripada sisa-sisa plastik.

Kredit foto: upsofar

#6 Kebanyakan pantai sudah tercemar sehinggakan hidupan laut menjadikan plastik sebagai ‘rumah’ mereka.

Kredit foto: worldenergysolutions

#7 Gelung botol plastik tersangkut pada badan ikan ini. Seksanya~

Kredit foto: jombersihpantai

#8 Plastik mikro yang ditemui berada di dalam badan ikan. Kemudian, kita pula makan ikan tersebut.

Kredit foto: nobluenogreen

#9 Lihatlah betapa banyak plastik yang kita gunakan di pasar raya!

Kredit foto: plasticfreedutchie

#10 Salah satu pantai di Filipina. Kotornya!

Kredit foto: noplanetbfestival

#11 Sanggupkah anda berenang dalam air yang dipenuhi sampah seperti ini?

Kredit foto: ottilieunwrapped

#12 Meluncur ombak di salah satu pantai Indonesia. Airnya berwarna biru tetapi kotor!

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds