Selama ini, kita sudah terbiasa mendasarkan keputusan atau pemikiran kita berkenaan dengan sesuatu fakta sejarah yang dipelajari daripada sekolah atau dari buku. Tetapi sebenarnya, terdapat banyak fakta yang hanya diketahui oleh segelintir orang sahaja, yang mana fakta tersebut memecah stereotaip tentang pengetahuan masa lalu. Sebagai contoh, siapa sangka bahawa pada permulaan abad ke-20 dahulu, anak-anak dirawat secara perubatan dengan kokain dan pada mulanya tidak ada orang yang ingin membeli tisu tandas tetapi kemudian ianya menjadi popular sehingga banyak kedai kehabisan stok?

Oleh itu, tidak salah sekiranya kita sama-sama menambah pengetahuan yang tidak masuk akal dan sangat menarik ini. Anda tidak akan dapat pengetahuan sebegini di sekolah, itu pasti!

1. Ubat-ubatan berbahaya.

Kredit foto: Wikimedia Commons

Kokain sangat popular pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20 sebagai ubat dan sebagai perangsang. Malah Freud sendiri kagum dengan kemampuan kokain dan mengesyorkannya untuk digunakan sebagai bahan perubatan. Kokain turut ditambah dalam makanan dan minuman (contohnya, resipi pertama Coca-Cola mempunyai sedikit amaun kokain), dan ia digunakan sebagai asas untuk pengeluaran pelbagai jenis ubat, termasuk ubat untuk kanak-kanak.

Pun begitu, masyarakat telah melihat kesan sampingan yang buruk dari mengambil kokain setelah beberapa lama mengamalkannya. Ia mengambil masa sehingga tahun 1963 untuk PBB memasukkan kokain dalam senarai ubat terlarang.

Di samping kokain, ubat-ubatan yang berasaskan morfin dan heroin juga sangat popular. Ia telah dimasukkan ke dalam ubat batuk dan digunakan untuk merawat gangguan psikologi. Satu lagi fakta menarik: 7UP mengandungi lithium citrate dalam resipi pertamanya. Air berperisa lemon ini mula-mula muncul pada tahun 1929 dan diiklankan sebagai ubat yang hebat untuk kemurungan. Ia mengambil masa sehingga tahun 1948 untuk pengilang berhenti menambah bahan berbahaya ke dalam minuman ini.

Kredit foto: Don O’Brien/Flickr

Ini mungkin kelihatan aneh tetapi pada separuh pertama abad ke-20, rokok dipercayai sebagai sejenis ubat. Syarikat-syarikat tembakau menggunakan doktor bagi mengiklankan produk mereka. Iklan tersebut mengatakan bahawa “merokok adalah lebih baik daripada diet,” kerana dikatakan merokok membantu mengubati sakit tekak, batuk, dan juga asma. Rokok juga menjadi salah satu aksesori untuk bergaya.

Kredit foto: Wikimedia Commons

2. Gundik pemerintah Iran.

Kredit foto: Golestan Palace

Terdapat kisah yang cukup menarik mengenai gundik milik Nasser al-Din Shah Qajar yang memerintah Iran pada akhir abad ke-19. Ramai orang terkejut apabila melihat foto-foto wanitanya itu. Menerusi foto yang dikeluarkan, kelihatan beberapa orang wanita cantik… dengan cara yang tidak konvensional. Mereka mempunyai misai!

Kredit foto: Golestan Palace

Terdapat orang yang percaya bahawa ini adalah gambar sebenar para gundik Nasser al-Din. Mereka mendakwa bahawa dia menyukai seni fotografi dan cuba untuk melanggar larangan mengambil gambar wajah, terutamanya wajah wanita.

Kredit foto: Golestan Palace

Walau bagaimanapun, terdapat teori menentang yang menunjukkan bahawa “wanita” yang kita lihat dalam foto itu sebenarnya bukanlah wanita sama sekali! Menurut idea ini, kerana larangan foto, lelaki dari Teater Negeri itu telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam sesi fotografi itu dan berpakaian sebagai wanita!

3. Memiliki pertapa di taman sendiri.

Kredit foto: Wikimedia Commons

Pada akhir abad ke-18, dipercayai sesiapa yang mempunyai sebuah taman yang indah dan liar adalah sangat bergaya dan akan mencuri perhatian ramai. Dalam taman jenis ini, terdapat sebuah pondok untuk pertapa taman di mana seseorang boleh bersendirian. Tetapi adalah sangat istimewa sekiranya pemilik taman mempunyai pertapa yang hidup di pondok itu agar pemiliknya dengan bangga dapat menunjuk pertapa itu kepada tetamu mereka.

Tuan-tuan tanah kaya sering mengupah orang-orang yang tiada tempat tinggal yang perlu melakukan perkara-perkara tertentu. Penyair Inggeris Charles Hamilton mempunyai syarat-syarat untuk pertapa miliknya: “(Pertapa mesti) terus bertapa selama 7 tahun, di mana dia akan disediakan dengan kitab Injil, cermin mata optik, tikar untuk kakinya, kusyen kaki sebagai bantal, jam pasir untuk mengetahui masa, air untuk minumannya, dan makanan dari rumah. Dia mesti memakai jubah camlet, dan tidak, dalam apa jua keadaan sekalipun memotong rambutnya, janggut, atau kuku, keluar dari batas halaman pemiliknya, Mr Hamilton, atau bercakap walau sepatah perkataanpun dengan hamba-hambanya yang lain. “

Sudah tentu, tugas ini bukan untuk semua orang. Itulah sebabnya mereka tidak menggunakan pertapa sebenar, sebaliknya hanya patung atau petapa tiruan akan digunakan. Menurut satu versi cerita yang lain, inilah sebabnya taman orang-orang kerdil masih lagi terkenal.

4. Layanan terhadap kanak-kanak.

Kredit foto: Getty Images

Ini adalah fakta yang aneh yang akan menakutkan ibu bapa moden: di A.S. pada tahun 1910-an, anda boleh menghantar kanak-kanak melalui mel atau khidmat pos. Pada tahun-tahun itu, undang-undang mel menjadikan kehidupan petani lebih mudah, kerana mereka boleh menghantar ayam melalui khidmat ini. Tetapi sesetengah warga memutuskan untuk menggunakan undang-undang ini dan mula menghantar anak-anak mereka kepada sanak saudara.

Kos penghantarannya pula kurang daripada satu dolar dan kargo dihantar tepat ke pintu rumah penerima. Ini lebih mudah dan lebih murah daripada menghantar anak dengan menaiki kereta api. Ia mengambil masa sehingga tahun 1920 untuk mengharamkannya.

5. Fesyen swafoto.

Kredit foto: Library of Congress

Kita mungkin menganggap bahawa swafoto baru muncul baru-baru ini, tetapi sebenarnya, orang mula melakukannya hampir selepas fotografi muncul. Swafoto yang pertama diketahui dirakam pada tahun 1839. Pada mulanya, tidak mudah untuk mengambil gambar diri sendiri: kerana masa rakaman kamera yang agak lama, seseorang terpaksa membekukan sedikit masa dan tidak bergerak, jika tidak, gambar tersebut akan gagal. Dan gambar pertama yang dibuat menggunakan kuda-kuda berkaki tiga atau tripod diambil pada tahun 1925.

Swafoto oleh Grand Duchess Anastasia Nikolaevna dari Rusia yang dirakam pada tahun 1914 yang menggunakan cermin dan kamera Kodak Brownie.

Kredit foto: Wikimedia Commons

6. Kereta pertama yang aneh.

Kredit foto: Wikimedia Commons

Paten kereta pertama di A.S. adalah pada tahun 1789. Ia adalah mesin stim dengan pengayuh supaya ia boleh bergerak bukan sahaja di tanah tetapi juga di dalam air. Pada separuh pertama abad ke-18, kereta elektrik muncul. Kereta elektrik Perancis La Jamais Contente bergerak pada kelajuan 100 km sejam yang merupakan rekod paling laju pada ketika itu.

Pada tahun 1870, di Vienna, pencipta Siegfried Marcus telah meletakkan enjin pembakaran dalaman dalam kereta biasa. Ia adalah kereta gas pertama di dunia. Pada awal abad ke-20, enjin pembakaran dalaman menggantikan enjin elektrik sepenuhnya sehingga ia dilupakan selama hampir satu abad.

La Jamais Contente (atau terjemahan Bahasa Inggerisnya: Yang Tidak Pernah Berpuas Hati) adalah kenderaan jalan raya pertama yang melebihi 100 kilometer sejam (62 mph).

Kredit foto: Wikimedia Commons

Satu lagi perkara yang lucu ialah sistem trek Kégresse yang merupakan asas kereta/peluncur salji yang digunakan pada Nicolas II, 1917.

Kredit foto: Wikimedia Commons

7. Topeng gas yang lucu… dan kelihatan menyeramkan.

Kredit foto: East News

Pengeluaran topeng gas yang berleluasa bermula pada Perang Dunia I. Di samping pengeluaran topeng gas untuk askar, terdapat juga topeng khusus untuk kuda dan anjing. Fakta yang menarik: menurut penulis Alexander Moritz Frey yang berkhidmat dengan Hitler semasa Perang Dunia I, Hitler memakai misai yang diperbuat dari berus gigi selepas dia diperintahkan untuk mencukur misainya bagi memudahkannya memakai topeng gas. Begitulah bagaimana Hitler mendapat misai berbentuk berus gigi yang terkenal.

Kemudian, topeng gas untuk orang awam dihasilkan. Sebagai contoh, terdapat bilik gas khas di mana anda boleh menyembunyikan diri dan juga kereta sorong bayi yang dilengkapi dengan topeng gas. Semasa Perang Dunia II, agar tidak menakutkan anak-anak dengan topeng gas yang menyeramkan dan tidak menjadikannya kelihatan seperti suatu penyeksaan, topeng gas berbentuk Mickey Mouse di A.S. telah dihasilkan. Aneh sekali!

Kredit foto: East News

8. Ciptaan yang “tidak berguna”.

Kredit foto: Wikimedia Commons

Rekod ciptaan pertama tisu tandas terdapat di China pada abad ke-6. Orang Eropah menggunakan kaedah lain selama berabad-abad: iaitu penggunaan bulu bebiri, daun, pasir, kain, lumut, dan juga cengkerang. Percetakan pada abad ke-19 membawa kepada penggunaan buku dan surat khabar murah sebagai tisu tandas.

Kredit foto: pxhere.com / pxhere.com

Tisu tandas yang kita tahu hari ini— gulungan tisu tandas— muncul pada akhir abad ke-19. Di USSR, pengeluaran tisu tandas hanya bermula pada tahun 1969. Pada mulanya, ia tidak popular. Masyarakatnya berpendapat bahawa ia adalah satu pembaziran wang untuk membeli tisu atau kertas khas apabila mereka boleh menggunakan kertas surat khabar biasa.

Satu kempen yang ditaja oleh kerajaan telah berjaya mempengaruhi rakyatnya, jadi mereka secara aktif mula membeli produk baru ini yang kemudiannya menyebabkan kekurangan stoknya.

9. Produk kecantikan baharu.

Kredit foto: Getty Images

Pada permulaan abad ke-20, industri kecantikan mula berkembang pesat dengan menawarkan alat baharu untuk para wanita meningkatkan penampilan mereka. Peranti yang dicipta itu, bagaimanapun, kelihatan sangat pelik dengan sesetengah daripada mereka kelihatan lebih seperti alat penyeksaan berbanding sebagai produk kecantikan. Walau bagaimanapun, para wanita tidak berasa takut untuk bereksperimen dan mereka menggunakan ciptaan baharu itu: alat untuk membekukan bintik-bintik hitam, menghilangkan jerawat, mengubah bentuk hidung, dan lain-lain lagi.

Kredit foto: East News

Seperti dalam gambar ini, seorang pelanggan di salun kecantikan Helena Rubinstein sedang menikmati mandi susu dengan buih yang banyak serta memakai topeng muka anti-penuaan khusus, pada tahun 1937.

Pada tahun 1910-an, di Eropah Timur dan Amerika, salun kecantikan menjadi popular. Pengasas rantaian salun kecantikan yang terkenal merangkap ahli kosmetik profesional yang pertama iaitu Helena Rubinstein, telah mencipta maskara kalis air dan mengkategorikan 3 jenis kulit: normal, kering, dan berminyak, dia juga mengesyorkan rejimen penjagaan kulit khas untuk pelanggannya.

10. Hiburan yang aneh (dan berbahaya).

Kredit foto: Wikimedia Commons

Terdapat banyak hiburan yang benar-benar liar pada masa lalu. Dalam gambar di atas, anda dapat melihat salah satu daripadanya iaitu acara “kuda menyelam.” Sejarahnya bermula apabila seorang lelaki bernama William Carver melalui jambatan separa hancur dan kudanya terjatuh ke dalam air. Imej kuda yang jatuh itu telah memberi inspirasi kepadanya untuk membuat persembahan di mana kuda terlatih melompat ke dalam air. Pertunjukan ini menjadi sangat popular, dengan sangat cepat.

Walau bagaimanapun, acara ini mendapat tentangan kuat daripada para pembela hak haiwan dan pada tahun 1970-an, acara ini berjaya diharamkan. Tetapi, dipercayai sekarang masih terdapat acara kuda menyelam sebegini di satu tempat di New York. Pemiliknya mendakwa bahawa mereka tidak menggunakan kekasaran pada kuda dan ia perlu melompat dari platform yang hanya berketinggian 3 meter, jadi ianya tidak berbahaya.

Satu lagi jenis hiburan liar dari masa lalu adalah acara yang dikenali sebagai Lion Drome. Ia muncul pada 20-an apabila perlumbaan kereta biasa semakin membosankan bagi penonton. Kemudian, penganjur mula meletakkan singa sebenar sebelah pelumba. Pelumba perlu mencapai kelajuan maksima dan memandu di “dinding kematian” yang dibina secara menegak.

Kredit foto: Getty Images

Tetapi ini masih lagi belum cukup untuk penonton. Kemudian, elemen baru yang melampau mula muncul: singa terlatih telah dibebaskan dari sangkar mereka dan mengejar penunggang motosikal yang bergerak. Lion Drome yang terakhir ditutup pada tahun 1964 apabila seekor singa telah merobek tangan pelatih yang mabuk.

Fakta sejarah mana yang paling mengagumkan anda? Beritahu kami dan kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds