Semua ibu bapa yang mempunyai anak pasti gembira melihat anak mereka membesar. Namun, tersemat di dalam hati, pasti ada juga ibu bapa yang berasa sedih melihat anak-anak membesar kerana lama-kelamaan, anak pasti sudah boleh berdikari dan tidak lagi memerlukan bantuan ibu bapa.

Bagaimanapun, ada juga ibu bapa yang enggan menerima kenyataan bahawa anak-anak mereka sudah besar dan harus dilayan seperti orang dewasa. Bagi mereka, anak mereka masih lagi seorang bayi walaupun secara fizikalnya, mereka sudah sama tinggi dan besar dengan ibu bapa masing-masing.

Sebab itulah ada ibu bapa yang masih menyiapkan pakaian anak-anak sebelum mereka pergi bekerja, menyuapkan makanan, menemani anak ke tempat temuduga pekerjaan dan sebagainya.

Perkara ini sangat melucukan tetapi pada masa yang sama, menyentuh hati ramai orang.

Lihat senarai ibu bapa yang masih melayan anak dewasa mereka seperti bayi kecil ini…

#1 Kadang kala, ibu akan masuk ke dalam pejabat saya untuk menghantar bekal makanan. Ibu… Saya sudah menjadi ayah kepada tiga orang anak! Saya sudah dewasa!

Kredit foto: howdoyoumakeausername

#2 Ibu melihat seluar saya koyak di lutut. Jadi, dia jahit dengan corak seperti ini…

Kredit foto: HAL90000

#3 Ibu akan membersihkan pakaian saya sepanjang masa! Ibu, saya tak main kotor pun!

Kredit foto: iJohnny0

#4 Setiap kali ayah datang ke rumah, dia akan menyelitkan wang saku untuk saya.

Kredit foto: somebodysmama

#5 Saya pernah menyukai Batman semasa kecil dan ibu masih lagi ingat saya sukakannya sehingga dia sanggup membeli hadiah bertemakan Batman ini.

Kredit foto: andertonwait

#6 Saya mesej ibu dan menyatakan bahawa saya sakit. Sejam kemudian, dia datang ke rumah sambil membawa segala macam ubat!

Kredit foto: rIse_four_ten_ten

#7 Hari ini adalah hari ulang tahun saya yang ke-31. Ini pula adalah kek hari jadi yang ibu belikan… Oh tuhan!

Kredit foto: ehswelder

#8 Walaupun saya sudah 21 tahun, bapa saya masih lagi sediakan sarapan seperti ini.

Kredit foto: lovexsongs

#9 Ibu belikan permainan Lego sempena Hari Natal. Walaupun ia agak kebudak-budakan, saya sukakannya!

Kredit foto: PungentCrotchSweat

#10 Hari ini genap usia saya 21 tahun dan ayah putuskan untuk muat naik gambar ini di Facebook.

Kredit foto: austinfromaustin

#11 Bapa yang sangat ‘penyayang’!

Kredit foto: earphone4

#12 Saya beritahu ayah yang saya teringin memakan piza. Tak sangka, dia betul-betul belikan piza untuk saya!

Kredit foto: SendElbowPics

Sumber: boredpanda

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds